Jennifer Lawrence taku lelabah
PELAKON Jennifer Lawrence menitiskan air mata ketakutan apabila terlihat sekumpulan labah-labah ketika sedang melakukan penggambaran filem The Hunger Games: Catching Fire.
Lawrence, 23, berkata bahawa dia fobia melihat haiwan tersebut seperti dilapor contactmusic.com.
"Semua orang beritahu tiada labah-labah di situ, tetapi bila saya berada di tempat tersebut saya nampak haiwan itu berkumpulan dan saya mula menangis.
"Bukan mudah untuk berlakon di dalam hutan jika anda takut dengan semua perkara," katanya.
0 comments:
Post a Comment