Loading...
Sunday, December 1, 2013

Johan cepat terliur?

ramai yang terkejut dengan pengakuan Johan As'ari yang baru-baru ini melamar Lana Nordin untuk dijadikan isteri selepas tiga hari berjumpa.
Kalau nak diikutkan memang ramai yang terkejut sebab tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba sahaja mereka membuat pengakuan jujur lagi berani sampai kecoh satu Malaysia.
Syed tak ada masalah pun dengan siapapun wanita pilihan Johan. Sebabnya awal-awal lagi Johan dah beritahu Syed (dalam temu bual sebelum ini) yang dia hanya meletakkan tiga syarat sahaja kepada bakal isterinya nanti.
"Saya mahu mencari calon isteri yang taat kepada Allah, Rasul dan suami. Ini sahaja ciri-ciri yang saya mahukan dalam menentukan siapa jodoh saya nanti," kata Johan kepada Syed sebelum ini.
Bila Johan memilih Lana sebagai calon isteri sudah pasti pelakon wanita berkenaan mempunyai ciri-ciri yang diletakkan untuk bergelar suri di hatinya.
Bukan apa, selama ini Lana memang selalu kena hentam bab berpakaian. Di sebalik sisi kurang baik itu orang tak nampak pun kebaikannya seperti Johan nampak. Lana tentu mempunyai ciri-ciri taat kepada tuntutan agama seperti yang Johan idamkan.
Ada juga peminat yang sangsi dengan keterbukaan Johan terhadap soal cintanya. Bukan apa sebelum ini pun Johan banyak kali dikaitkan dengan ramai wanita selepas pertama kali berjumpa.
Tak perlulah Syed sebut nama mereka yang pernah dikatakan bercinta dengan pelakon drama Juvana berkenaan. Bila Johan cakap jatuh cinta pandang pertama itu yang membuatkan mereka meragui kata-kata Johan tentang rasa cintanya terhadap Lana.
Cuma Syed tertanya- tanya benarkah Shila Amzah hanya dianggap sebagai adik sahaja? Kalau ikut kenyataan Johan memang dia anggap Shila tak lebih daripada adik yang rapat dengannya.
Kalau nak ikut memang satu Malaysia dah tahu Johan dan Shila rapat dan dikatakan bercinta. Alih-alih berstatus adik sahaja rupanya.
Rasanya ini bukan sesuatu yang perit untuk Shila tempuh sebab sebelum ini pun lagi besar dugaan yang melanda. Tak ada sebab untuk Shila bersedih daripada menunggu benda yang tak pasti.
Kepada Johan, ini merupakan fasa terbaik untuknya membuktikan apa yang telah dikatakan sebelum ini. Sementara Shila pula patut bersyukur kerana tidak jadi kahwin dengan Johan.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP