Maya Karin, 34, berkumandang di corong radio di Switzerland, semalam.
Menurut Pegawai Promosi dan Pemasaran Warner Music Malaysia hari ini,
Maya mendendangkan lagu ciptaan Omar K dan Audi Mok sewaktu diundang
sebagai tetamu untuk program di Radio Television Suisse.
"Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan oleh
penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker. Selain ditemu bual, Maya juga
berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga.
"Selain itu, Maya turut mengadakan mini persembahan di Radio Television
Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton," jelas Anne.
Tambah Anne, lagu berentak pop dance dendangan Maya Karin itu mendapat sambutan baik daripada penonton kerana mereka menyukai alunan suara gemersik penyanyi itu.

0 comments:
Post a Comment