Assalammualaikum.
Hari ni banyak yg berlaku yg menyentuh jiwa saya dan antara yg besar adalah kematian kak Yan yang telah pulang ke rahmatullah (Al-Fatihah). Saya sertakan takziah saya kepada keluarga beliau.
Oleh kerana itu saya terpanggil untuk menjawab soalan anda yg bertanya berkenaan BOBOI dan Maharaja Lawak Mega 2013 kerana ianya berkait.
1. Soalan paling utama adalah kenapa Boboi nak keluar dari MLM 2013? (Semua jawapan adalah dari perspektif saya dan bukan abg harun)
Sebab utama saya adalah kerana masaalah kesihatan saya. Saya sudah 3 tahun 1/2 tak berehat dan bercuti kerana jadual kerja yg tak berhenti-henti. Silapnya adalah pada saya, yg takut kalau saya tak kerja, saya tak dapat nak menampung gaji staff saya dan keperluan keluarga saya.
2. dan kalau begitu, kenapa dari awal lagi tak tolak aje memasuki MLM 2013?
Juga silap saya, kerana saya ingat saya masih kuat lagi serta mampu dan bertenaga untuk meneruskan bertanding MLM bersama rakan-rakan lain setiap minggu. Setelah bertanding berberapa minggu baru saya sedar yg otak saya sangat penat dan ada kalanya tak mampu untuk memberi tumpuan untuk berlatih dan mengeluarkan idea-idea baru.
Saya di beritahu doktor yg kalau tak berehat saya akan alami suatu keadaan yg dikenali sebagai 'mental breakdown' due to extreme fatigue. Saya ada perangai buruk iaitu akan bekerja selagi saya tak tumbang ini adalah kerana saya masih ada mentaliti org susah walapun kini saya dah selesa.
Pada luarannya saya nampak normal, tapi kalau tak berehat, bila-bila masa aje saya boleh pengsan atau collapse.
Sebab itulah saya bercuti bersama keluarga saya kini. Juga dah lama tak spend time dgn diorang.
3. Mungkinkah kerana BOBOI dah tak kelakar, itu sebab boboi nak keluar.
Saya tak ada masaalah jika awak fikir kami dah tak kelakar. Fans sebenar kami mengenali kami dan tahu kebolehan kami... Kami dah berpuluh tahun membuat komedi secara individu. tapi saya akur yg MLM ni memang mencabar minda kami untuk tiap-tiap minggu cuba mengeluarkan idea baru terutama sekali setelah Kami tak berhenti mengeluarkan idea untuk program-program seperti Lawak ke der 2, Bintang mencari bintang, Al cuit sikit, redah kasi pecah, super spontan, liga lawak superstar, baru-baru ni Boboi Up close in Singapore, PAPADOM 2 dan pelbagai kerja yg kami lakukan dalam perniagaan kami. Saya sendiri rasa otak saya dah penat dan susah nak berjenaka.
Kepada yg tak suka lawak BOBOi, takpe, kami menyokong apa saja pilihan anda kerana semua adalah kawan kawan dan adik-adik kami. Kami ada dlm MLM utk memeriahkan sahaja acara yg baik ini. Jangan la program lawak ni menjadi satu acara serius.
4. Kenapa BOBOI sekarang tak macam BOBOI dulu?
Setelah pulang dari gaza saya cuba bawak lawak yg kontentnya mesti ada mesej. AL CUit Sikit adalah satu kejayaan yg sangat kami banggakan dan bersyukur kerana TV AL Hijrah berpandangan jauh utk bersama menjayakan program itu.
Saya juga mendapat pandangan dari berberapa org mufti yg telah menerangkan kepada saya yg berpakaian seperti wanita dan menyerupai wanita adalah haram, no exceptions. Jadi oleh sebab itu semua karakter wanita yg saya lakonkan seperti datin Maimon dahulu TIDAK AKAN SAYA LAKONKAN lagi.
Jadi kami mengalami satu evolusi untuk membuat komedi bermesej dan saya tak akan melakonkan watak wanita lagi.
SO memang boboi dah berbeza. Mungkin ada yg tak suka kerana tak kena dgn jiwa anda tapi takpe banyak lagi pelawak yg pelbagai jenis gaya dan cara di luar sana untuk awak ikuti.
5. BOBOI kutuk Juri MLM 2013?
Saya nak mintak maaf kepada JURI MLM 2013 jika ada sesiapa yg tersinggung dgn kontent kami, komedi sindiran ini memang adalah perkara biasa dlm arsenal seorang pelawak. Kalau anda perhatikan dari musim pertama memang ada elemen gurauan sindiran.
Kami Tak berniat langsung untuk menyakiti sesiapa dan kami berulang kali mengkaji material itu agar tak terlalu keras bergurau dgn juri.
kontent kami adalah... apa kriteria menjadi warden?
1. Mesti kenal org tu popular ke tak popular dan ingatkan org tu.... (itu memang yg di ulangi setiap minggu.)
2. Buat album rap yg tak jual kat Malaysia... (Semua album rap memang tak jual pun kat Malaysia. termasuk album saya)
3. Pelupa. tak datang kerja pasal passport hilang... ( itu yg dah keluar suratkhabar)
4. Yg satu tu dia happy, yg penting kerjasama...itu wonderpet... eee maksud saya yg penting kita enjoy!!.
Kami sedikit pun tak mencabar kredibility juri. Kerana kami terima MLM sebagai rancangan populariti dan tak kira siapa yg jadi juri yg penting adalah samaada kita popular dan adakah persembahan kita baik atau tidak.
Saya rasa itu tak keras dan agak berpada sindiran itu. Saya di panggil boyot, gemuk, abg harun kena panggil tua itu bukan sindir itu memang caci, tapi kami terima kerana itulah komedi. Jika juri adalah pelawak mungkin mereka takkan terasa sangat atau mengambil terlalu serius perkara ni kerana mereka akan faham kami hanya bergurau.
Saya ingin meminta maaf kepada juri sekali lagi jika ada yg sentap. Bukan niat kami nak memburukkan sesiapa. Sepertimana anda syg kami, kami juga sayang juri dan semua rakan-rakan kami dan kami doakan yg terbaik untuk semua. tak kira jika kami terkeluar atau tidak.
Itu lagi satu yg nak saya katakan, kenapa MLM 2013 ni dah jadi sangat serius ek?? kenapa peminat-peminat sangat berpuak-puak dan cepat sentap. Ini hanya hiburan semata. Kalau ianya membantu anda kurang stress ini menjadi ibadah kepada kami, tapi kali org dah mula membenci ini dah menjadi benda lain.
Saya nak mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada semua peminat BOBOI dan masih lagi tengok kami berjaya, tapi pada saya kejayaan kami adalah dapat menghiburkan anda sepanjang tahun ini dgn kerja-kerja kami. Percayalah masih ada banyak lagi projek-projek boboi yg akan datang untuk menghiburkan anda fans kami seperti animasi, komik dan lain-lain tapi selepas kami berehat sebulan dua.
Kalau mampu dan berdaya saya teruskan tapi rasanya, tak salah untuk berundur sementara untuk merehatkan minda dan menjaga kesihatan dan kasih sayang keluarga.
I remember when comedy was fun. Maybe one day it will be again.pu
Akhirnya Afdlin Shauki Bersuara.....
Labels:
Gossip artis malaysia
0 comments:
Post a Comment