PADA minggu lalu, tepat pada tarikh 12.12.13, dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan berita kematian seorang bintang terkenal mereka, Kim Ji-hoon.
Penyanyi yang merupakan salah seorang anggota grup duo iaitu Duke itu ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di negara tersebut.
Kejadian itu disedari oleh seorang temannya selepas lama menunggu Ji-hoon yang tidak muncul untuk temu janji makan tengah hari bersama.
Menurut sumber, sebaik sampai di bilik hotel, temannya itu menemui penyanyi tersebut tergantung di bilik mandi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia bagaimanapun mati di hospital selepas cuba diselamatkan oleh temannya itu.
Polis kemudian mengklasifikasikan kes tersebut sebagai bunuh diri memandangkan pihak hospital tidak menemui sebarang tanda dirinya dikasari atau pergelutan.
Pada saat polis masih menjalankan siasatan, mantan pengarah urusan agensi Ji-hoon mendedahkan bahawa lelaki itu memang sedang berhadapan dengan sikap murung sejak setahun lalu.
Dia juga didakwa cuba mendapatkan rawatan, namun ia masih gagal.
Malah, seorang teman penyanyi yang mula aktif sejak tahun 1994 itu turut mendakwa Ji-hoon juga ada terbabit dengan masalah hutang.
Ji-hoon mula mendaftar diri menginap di hotel tersebut, enam hari sebelum dia ditemui tergantung oleh temannya.
0 comments:
Post a Comment