TAMPIL seksi? Saya tidak akan melakukan semua itu lagi! Itu jawapan pengacara dan model terkenal dunia, Heidi Klum yang enggan melihat dirinya memakai bikini selepas merasakan tidak sesuai seiring dengan usianya yang sudah mencecah 40 tahun.
Seperti dipetik laporan Hollywoodreporter, Klum antara model popular pakaian dalam jenama Victoria Secret ini merasakan untuk berjalan catwalk dengan memakai pakaian dalam pada usia sudah lanjut adalah suatu perkara yang tidak sesuai.
âSaya tidak akan menjadi model dan berjalan dengan hanya memakai pakaian dalam lagi. Saya sudah mula rasa kurang selesa,â katanya.
Namun begitu, itu tidak bermaksud dia akan behenti sepenuhnya dari bidang peragaan kerana beliau masih lagi menerima tawaran untuk sesi fotografi untuk majalah dan iklan.
Dalam pada itu, Heidi yang kini berpacaran dengan Martin Kirsten seorang pengawal peribadi masih terlibat dengan program Germanyâs Next Top Model dan Project Runaway sedang dalam proses untuk melancarkan jenama pakaian kanak-kanak miliknya sendiri iaitu Barbies R Us.
0 comments:
Post a Comment