Penyanyi Adira menolak dakwaan sesetengah pihak dia cuba menggunakan pengaruh Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, yang juga kekasihnya bagi memudahkan dia untuk menceburi bidang kecantikan.
Adira, 23, yang kini mempunyai produk kecantikan jenama sendiri iaitu Adira Beauty Signature berkata, dia tidak pernah menggunakan kesempatan itu tetapi mengakui mempelajari selok-belok perniagaan daripada pemuda itu.
"Kenapa perlu saya menggunakan kesempatan terhadap dia? Setakat ini saya hanya belajar daripadanya tentang cara-cara berniaga.
"Saya juga turut belajar ilmu perniagaan menerusi teman-teman yang biasa di bidang ini," katanya.
Adira ditemui pada majlis pelancaran produk sabun pencuci muka dan badan Adira Beauty Signature di Solaris Dutamas, di sini, pada Selasa.
Tambah Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, dia sudah lama mengkaji produk sabun tersebut dan mula melakukan proses-proses tertentu produknya di Melaka setahun lalu sebelum ia dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ujian sebelum produk berkenaan dibenarkan untuk jualan.
"Tak sangka juga ya, proses untuk menunggu kelulusan KKM juga mengambil masa hampir lima bulan di mana baru bulan lepas produk saya ini diluluskan.
"Dalam pada itu, tujuan saya muncul dengan produk baru adalah kerana sebelum ini saya mendapati ramai ejen jualan langsung produk kecantikan menggunakan nama saya untuk melariskan jualan.
Cuma kasihan pula dekat peminat di mana ada di antara mereka menyangka saya pernah menggunakan produk tersebut," tuturnya.
0 comments:
Post a Comment