Loading...
Wednesday, December 25, 2013

Lana anggap johan buat keputusan kelaka

Sebelum ini, kita tahu pelakon Lana Nordin pernah meluahkan hasratnya untuk berubah sejak ‘bercinta’ dengan Johan As’ari. Dalam pada itu, Lana juga telah menampilkan sedikit demi sedikit perubahannya seperti bertudung dan memakai pakaian lebih sopan daripada sebelumnya.

Sedikit menggusarkan peminat apabila Lana dan Johan, 27, disahkan putus cinta semalam dan kemungkinan dia akan kembali kepada penampilan lamanya seterusnya melupakan hasrat untuk berubah. Iyalah, bila hati sudah terluka apa sahaja boleh jadi kan?




Namun tidak bagi Lana Nordin. ‘Putus cinta’ itu langsung tidak memberikan kesan buatnya dan dia menegaskan akan tetap meneruskan niatnya itu. Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, berkata, dia sebenarnya sudah berniat ingin berubah sebelum mengenali Johan lagi, dan isu putus cinta disifatkan bukan penghalang untuk meneruskan hasratnya itu.

“Sebenarnya saya mahu berubah ke jalan yang diredhai Allah sebelum mengenali Johan lagi dan saya beritahu hasrat itu kepada Lisdawaty (pelakon). Jadi, apabila Johan bersungguh-sungguh mahu memperisterikan saya, terus saya anggap dialah yang akan membimbing saya. Tetapi apabila keadaan sudah berubah (putus cinta), saya tetap akan teruskan niat untuk menjadi muslimah yang baik,” katanya dipetik mStar Online.

Sementara itu, Lana yang sebelum ini sering menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Inggeris berkata, dia akan berhati-hati selepas ini dalam ingin menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Melayu. Lana juga memberitahu dia dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga. Menurutnya, nasib baik hubungan percintaannya dengan Johan putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.

“Bukan tidak percayakan lelaki Melayu. Takkanlah kerana Johan, saya isytiharkan lelaki Melayu semuanya sama. Itu tidak adil. Cuma selepas ini saya perlu berhati-hati. Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar. Dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan *****, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP