Loading...
Tuesday, December 31, 2013

Julia Ziegler sedia berunding dengan Nor Ain

Pelakon dan juga model, Julia Ziegler, 29, sedia berunding untuk menarik balik laporan polis terhadap seorang pengurus artis yang dikenali sebagai Nor Ain dalam kes penipuan wang RM8,333 terhadapnya.
Julia memberitahu wanita berkenaan telah menghubunginya menerusi khidmat pesanan ringkas( SMS) sehari selepas dia membuat laporan polis pada 29 Disember lalu.
"Kalau benar dia akan membayar kembali jumlah wang berkenaan, saya sedia beri tempoh padanya dan kemungkinan sedia menarik balik laporan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.
Tambahnya, dalam SMS berkenaan, Nor Ain ada memberitahu bahawa ketika ini dia sibuk mencari jalan untuk membayar kembali jumlah wang tersebut kepadanya.
Menurut Julia, dia mula mengenali wanita tersebut sejak Oktober lalu kerana Nor Ain sering menghubunginya dengan menawarkan pelbagai perniagaan kepadanya.
Apabila menyedari dirinya ditipu, Julia pada 29 Oktober lalu bersama mangsa lain seperti Rita Rudaini dan Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. -


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP