Loading...
Monday, December 23, 2013

Kerana Fizo Omar 10 ekor lembu jadi mangsa

Pelakon Fizo Omar akan tumbangkan 10 ekor lembu sempena majlis resepsinya di Kelantan pada 28 Disember ini.
Sebelum ini, majlis yang sama telah diadakan di kampung halaman isterinya, Mawar Abdul Karim, di Pulau Pinang.
"Memang penat tetapi berbaloi untuk melihat seluruh ahli keluarga kami berkumpul.
"Saya juga ingin menjemput peminat ke rumah saya pada Sabtu ini, untuk kenduri ini saya menumbangkan 10 ekor lembu. Dianggarkan jumlah tetamu yang bakal hadir adalah 7,000 orang," katanya.
Untuk resepsi di ibu negara, Fizo dan Mawar sudah bersetuju untuk mengadakannya pada 25 Januari depan di sebuah hotel terkenal.
Dalam pada itu, Fizo yang baharu pulang berbulan madu bersama isteri di Eropah baru-baru ini memberitahu yang isterinya belum lagi ada tanda-tanda hamil.
Bagaimanapun tindakannya memuat naik baju bayi di laman sosialnya membuatkan ramai yang berfikiran, mereka bakal menimang cahaya mata.
"Saya tidak pasti sama ada isteri saya mengandung atau tidak, tetapi tujuan saya membeli baju bayi itu tempoh hari sekadar kenangan sahaja.
"Tidak salah juga kalau pembelian baju-baju bayi ini sebagai persedian kami berdua. Kami bukan beli sehelai dua, tetapi banyak sebab baju bayi comel," katanya.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP