Selepas menyepi daripada industri muzik seketika, peserta Akademi Fantasia 6, Nadia Hasnan kembali aktif menyanyi menerusi single Cinta Twitta yang dilancarkan bulan lalu.
Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun itu pernah tampil dengan beberapa ‘single’, Kalut Lagi Mengarut, Mati, Dia Aku Dan Kamu dan Kita Sama.
Cinta Twitta adalah lagu rancak ciptaan komposer berbakat Fazo manakala lirik nukilan Adzrin Adzhar.
Bagaimanapun, pendengar jangan keliru dengan tajuk lagu berkenaan kerana tiada kaitan dengan laman sosial Twitter.
Bagaimanapun, pendengar jangan keliru dengan tajuk lagu berkenaan kerana tiada kaitan dengan laman sosial Twitter.
NADIA belum merancang menghasilkan album.
Nadia berkata, pandangan pertama pendengar pasti mengaitkan dengan kisah cinta menerusi Twitter, namun tajuk itu sebenarnya sebagai gimik lagu berkenaan.
“Kalau menyaksikan klip video dan membaca lirik Cinta Twitta, pendengar akan tahu lagu ini mengisahkan tentang cinta seorang gadis bernama Twitta,” katanya.
Menurutnya, lagu berkenaan dicipta pada 2012 sebelum kerja menghasilkan Cinta Twitta selesai tahun ini.
“Kerja penggambaran dan pembikinan klip video pula memakan masa sebulan.
“Klip video ini berkonsep fantasi yang menampilkan saya sebagai Twitta serta Josiah Hogan dan Nas Ahmad,” katanya.
Katanya, meskipun Cinta Twitta sudah diputarkan di stesen radio tempatan, dia berharap ‘single’ itu terus mendapat sambutan peminatnya.
“Saya juga berharap lagu ini dijadikan sebagai landasan untuk lebih dikenali dalam industri hiburan tanah air,” katanya.
Berkaitan perkembangan kariernya pula, Nadia berkata, dia belum ada perancangan menghasilkan album lagi.
“Selain nyanyi, saya terbabit dalam lakonan, namun tawaran berlakon tahun ini tidak banyak.
“Tahun ini saya banyak membuat persembahan pentas dan menjadi pengacara televisyen bagi program Over The Top di TV3 dan Ideal untuk RTM,” katanya.
Menurutnya, dia pernah menulis lirik beberapa lagunya termasuk ‘single’ Kita Sama namun tidak popular.
“Masih banyak perlu dipelajari walaupun sudah lima tahun dalam industri hiburan dan pencapaian saya pada hari ini adalah hasil usaha sendiri.
“Kalau tiada jemputan nyanyi, kita kena usaha mencari ‘job’ untuk mendapat wang dan bukan hanya menunggu tawaran daripada pihak lain.
“Selain nyanyi, saya meluaskan bakat kepada bidang lain seperti menjadi pengacara,” katanya.
Bagaimanapun, bekas pelajar Kuala Lumpur Multimedia Universiti (KLMU) ini mengakui menyanyi lebih menguntungkan berbanding lakonan dan mengacara.
“Saya masih ambil tawaran menyanyi untuk majlis makan malam dan anjuran syarikat korporat serta persembahan berbentuk akustik.
“Pembabitan saya dalam industri ini adalah sokongan ibu dan bapa dan mereka tidak pernah menghalang kerana tahu nyanyian adalah minat saya,” katanya.
Klip video Cinta Twitta mengisahkan seorang gadis, Twitta yang dilakonkan oleh Nadia sendiri berkongsi kisah cintanya dengan seorang lelaki dikenali sebagai MR X.
Selepas beberapa kejadian ketika mengayuh basikal, Twitta akhirnya berpeluang bertemu dengan MR X
0 comments:
Post a Comment