Sedekad melayari hidup sendirian, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, mengakui sudah tiba masa untuknya mencari teman hidup, yang mampu menjadi tempat buat dia meluahkan cerita suka dan duka.
Sebelum ini, penyanyi bersuara emas itu lebih banyak berkongsi mengenai kisah kerjaya. Namun, entah kenapa petang Jumaat lalu, sewaktu bersua dengannya pada majlis sidang media pengumuman Konsert Tahun Baru Ambank, Jamal terbuka berbicara soal hati.
Siapa yang tidak teringin hendak berkahwin? Bila balik ke rumah, ada seseorang yang menunggu. Dia boleh menjadi tempat saya berkongsi apa saja cerita termasuk meminta pandangan mengenai mutu persembahan saya.
“Lagipun anak-anak sudah besar. Osama Yamani kini berusia 12 tahun dan Ahmad Zaki Yamani pula 8 tahun. Sekurang-kurangnya apabila mempunyai isteri, bolehlah dia membantu saya mengendalikan anak-anak,” kata Jamal yang menganggap masih tidak terlewat untuknya kembali berumah tangga pada usia 54 tahun.
Tua, muda bukan masalah
Ditanya ciri-ciri wanita yang menjadi pilihan hati, perkara itu enggan dikongsi lelaki ini. Begitupun dia tidak kisah sama ada bakal isterinya wanita sudah berusia ataupun sebaliknya. Apa yang penting kata Jamal, dia perlulah seorang yang memahami.
Biarpun mengakui sudah tiba masa untuk mencari teman hidup, perasaannya juga berbelah bagi. Sepuluh tahun hidup solo membuatkan dia sudah terbiasa dengan keadaan itu, yang juga menyebabkan dia tidak terdesak mencari pasangan hidup.
“Saya sudah selesa hidup sendiri, mungkin sedikit kekok apabila bangun pagi ada seseorang di sisi. Tetapi, pada masa sama saya juga memerlukan seseorang untuk menemani dan menjaga saya.
“Walaupun bukan lagi muda, saya tetap menyimpan hasrat untuk bernikah semula. Cuma buat masa ini saya belum bertemu calon sesuai,” katanya.
Tiada perasaan terhadap Nas Adilla
Mengenai gosip mengaitkan dirinya dengan penyanyi, Nas Adilla, Jamal kurang pasti bagaimana cerita itu boleh timbul? Mungkin kekerapan bekerja bersama menyebabkan spekulasi berkenaan tiba-tiba muncul.
Katanya, mungkin disebabkan cara mereka bekerja di studio, seperti dipaparkan menerusi laman sosial, menjadi punca penyebaran khabar angin terbabit. Sambil menjelaskan tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap Nas Adilla, Jamal menjelaskan, sebagai insan yang sudah begitu lama dalam dunia hiburan, dia sedikit pun tidak terkesan dengan cerita berkenaan.

0 comments:
Post a Comment