Loading...
Wednesday, December 18, 2013

The Red Warriors (TRW) dah di filemkan

Susulan kerjasama The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd bersama U 2 Media, sebuah filem yang mengisahkan perjuangan jatuh bangun pasukan itu dalam mengharungi kancah bola sepak akan diterbitkan. 
 
Difahamkan, 'TRW The Movie' akan menceritakan kisah benar pasukan Kelantan seperti krisis pemain, pemindahan pemain, dilema pengurusan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), cabaran dalam mengatasi pasukan yang lebih kaya dan pelbagai isu lagi.
 
'TRW The Movie' berkisar kepada seorang pemuda, Rohim dari Dabong yang mempunyai minat mendalam dalam bola sepak namun terpaksa berhenti sekolah dan dipaksa menjadi pemandu teksi sapu seperti ayahnya.
 
Rohim yang melarikan diri dari rumah kemudiannya bekerja sebagai pelayan tetamu di sebuah restoran berhampiran Stadium Sultan Muhammad IV dan berkenalan dengan anak majikannya bernama Kalsom.
 
Wanita itu memberi semangat terhadap dirinya dan mengatakan menjadi pemain bola sepak itu bukan sekadar sukan tetapi merupakan satu perniagaan.
 
Bermula daripada itu, tanpa menoleh ke belakang dia mengejar cita-citanya menjadi seorang pemain bola sepak profesional.
 
Filem ini dibintangi pemain TRW, kelab penyokong TRW, Fizo Omar, Kamal Adli, Intan Ladyana, Julia Ziegler, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Amir Raja Lawak, Sabri Yunus dan Datuk Ahmad Tamimi Sire

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP