Loading...
Monday, December 23, 2013

Wife Aaron Aziz dah bertudung

Aktor terkenal Aaron Aziz melahirkan rasa bersyukur apabila isterinya, Diana Halik kini melalui satu fasa baru dalam kehidupannya apabila tampil dengan imej berhijab. Menurut pelakon drama ‘Nora Elena’ ini, dia sendiri tidak menyangka isterinya itu akan berhijrah namun mengakui sangat gembira kerana impiannya untuk melihat isteri tercinta memakai hijab kini termakbul.

“Saya pernah menyuarakan hasrat saya untuk melihat dia memakai tudung sejak pulang mengerjakan umrah dua tahun lalu, namun, saya tidak memaksanya kerana bagi saya biarlah hati dia terbuka sendiri untuk berubah kerana Allah dan bukannya kerana saya.

Sebagai suami saya cuba bagi peringatan secara lembut dan penuh kasih sayang. Kami sentiasa ingatkan diri masing-masing dan saya tidak pernah memaksa dia untuk bertudung. Ini kerana jika pakai tudung kerana suami paksa dah jadi satu perkara yang tak betul. 






Tapi sekarang Allah dah buka pintu hati dia, jadi Alhamdulillah, ringan sikit dosa saya,” ujar Aaron mengulas mengenai imej baru isterinya yang tampil bertudung ketika majlis pelancaran telefilem 'Oh My English-Hello America!' di Hotel Hilton Kuala Lumpur, pagi Isnin. 

“Tidak dinafikan pada mulanya saya pelik juga sebab biasanya orang balik Umrah pakai tudung tapi Diana bertudung selepas kami balik dari bercuti di Hong Kong pagi tadi (Isnin). 

Namun, Alhamdulillah ini menunjukkan Allah boleh buka hati manusia pada bila-bila masa dan di mana saja," ujar Aaron berharap agar peminat sama-sama mendoakan perubahan isterinya itu. 




“Sebelum ini Aaron ada juga suruh saya pakai tudung tapi mungkin waktu itu pintu hati saya belum terbuka lagi. Saya memang sentiasa nak pakai tudung lebih-lebih lagi selepas dua kali mengerjakan Umrah. Apabila Aaron menyuarakan hasrat untuk pergi mengerjakan Umrah sekali lagi, saya cakap dengan diri sendiri, saya segan dan malu nak pergi balik sebab saya masih tak bertudung. 

Namun, kebelakangan ini Aaron suka tunjuk video tanda-tanda kiamat kepada saya dan bila dalam penerbangan pulang dari Hong Kong malam tadi, saya teringat kembali video kiamat itu. Kebetulan ada selendang tepi saya dan saya pakainya sehingga sampai ke rumah. Dari situ, saya terus nekad memakai tudung, bagaimanapun saya masih belajar untuk berubah secara perlahan-lahan,” tutur Diana yang tampil mengenakan selendang hitam pada hari pertamanya berhijab.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP