Afdlin berkata keinginan Boboi meninggalkan pentas MLM bukan kerana mereka bimbang akan ditewaskan dengan peserta lain yang boleh dikatakan semuanya bagus, tetapi sudah sampai masanya mengundur diri.
“Apa yang pasti, kami berdua suka berlawak. Bahkan menghiburkan masyarakat dengan pelbagai persembahan komedi memang sudah sebati dengan jiwa kami.
“Apa yang pasti, kami berdua suka berlawak. Bahkan menghiburkan masyarakat dengan pelbagai persembahan komedi memang sudah sebati dengan jiwa kami.
“Namun, bagi persaingan MLM kali ini sebenarnya kami sudah penat. Apatah lagi, bukan mudah mendapatkan idea lawak untuk menghiburkan penonton pada setiap minggu,” katanya.
Menurut Afdlin, walaupun Boboi kini sudah meninggalkan gelanggang persaingan MLM, namun perjuangan Boboi dalam terus memartabatkan persembahan lawak dan komedi di negara ini tetap diteruskan.
Ujarnya, kecintaan Boboi terhadap komedi sangat besar. Cuma, pembabitan Boboi dalam persaingan MLM saja sudah berakhir dan diharapkan semoga peminat terus menyokong kami.
Bagi Harun pula, dia akur dengan penyingkiran itu kerana menyifatkan tugasan pada setiap minggu sememangnya sangat mencabar dan adakalanya Boboi juga tertekan.
“Bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada peminat dan penonton MLM yang sudi menghantarkan undian buat Boboi hingga kami mampu bertahan sehingga minggu keenam ini.
“Nampaknya, sekarang saya dan Afdlin bolehlah berehat seketika. Apapun, pengalaman Boboi terbabit dalam persaingan MLM ini memang pengalaman yang indah,” katanya.
Harun berkata, dengan sokongan padu penonton pada Boboi selama ini memberi peluang kepada kumpulan itu berada pada tahap sekarang. Ujarnya, sokongan diberikan sangat bermakna buat Boboi.
Ceria dengan penyingkiran itu, turut berada dalam ‘zon bahaya’ bersama Boboi pada persaingan minggu lalu ialah kumpulan Wala dan juga Sepahtu yang memang tidak dijangka.
Apapun, menariknya persaingan MLM minggu lalu adalah persembahan dilakukan kumpulan Shiro dan juga Bocey yang lawak mereka sangat mencuit hati penonton.
Bahkan, anggota Shiro, Shahrul juga turut dipilih sebagai peserta yang menyerlah persembahannya dan diberi trofi penghargaan. Selain itu, pihak MLM juga prihatin dengan mangsa banjir di negara ini.
Sehubungan itu, Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani menyampaikan wang sumbangan RM50,000 kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membantu mangsa banjir.
Terus kekal untuk berjuang lagi pada persaingan minggu depan dalam MLM ialah Shiro, Wala, Sepahtu, Jambu, Bocey, SYJ, Comel dan Nabil termasuk peserta tunggal dari Indonesia, Saywho.
0 comments:
Post a Comment