Pelakon Nabila Huda mendedahkan hatinya sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki yang baharu dikenalinya sejak beberapa bulan lalu.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas lanjut berhubung identiti lelaki tersebut memandangkan perkenalan mereka masih lagi baharu.
"Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.
"Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu," katanya.
Nabila ditemui pada majlis pelancaran drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini pada Selasa.
Tambah anak kepada penyanyi Amy (Search) itu, dia sebenarnya terlalu teruja mahu menceritakan perasaan cintanya ketika ini untuk berkongsi kepada orang ramai.
Namun, dia enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya perkongsian kisah cinta itu dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kalau nak ikutkan hati, saya cukup teruja mahu kongsi kisah cinta baru saya ini. Tetapi saya mahu buat azam baru, tidak mahu lagi menceritakan kisah peribadi terutamanya hal-hal cinta kepada umum.
"Saya belajar perkara ini daripada pengalaman. Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku," ujarnya.
Dalam pada itu, Nabila berkata, hal-hal peribadinya hanya akan dikongsi menerusi laman sosial Instagram, namun ia turut dihadkan agar dirinya tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Nabila yang merupakan ibu tunggal kepada seorang anak pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Johan As'ari dan Nas-T.
Sementara itu, lakonan Nabila dalam drama Ariana Rose bakal disiarkan di TV3 bermula 30 Disember ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.
Nabila dah ader boyfriend baru
Labels:
Gossip artis malaysia
0 comments:
Post a Comment