Loading...
Thursday, July 17, 2014

YB Khairy Jamaluddin melaram baju Melayu Hipster Aidilfitri ini


ARTIS MELETOP

YB Khairy Jamaluddin melaram baju Melayu Hipster Aidilfitri ini



ZERY: KJ menghubunginya sendiri untuk menempah koleksi -Baju Melayu Hipster by Zery Zamry- itu ketika tempahan bagi baju melayu itu hampir ditutup

Pereka fesyen Zery Zamry terkejut apabila menerima tempahan baju melayu daripada Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) beberapa bulan lepas.

Menurut Zery, KJ menghubunginya sendiri untuk menempah koleksi “Baju Melayu Hipster by Zery Zamry” itu ketika tempahan bagi baju melayu itu hampir ditutup.

“Mula-mula ketika terima mesej di Whatsapp, sama seperti pelanggan lain YB Khairy bertanyakan bagaimana jika ingin menempah. Setelah menerangkan semua, dia memberitahu bahawa di adalah YB Khairy Jamaluddin.

“Pada mulanya saya tidak percaya kerana tidak sangka pula koleksi baju melayu hipster saya mendapat perhatian YB yang memberitahu melihatnya di Instagram. Setelah bersetuju kami bertemu dan YB Khairy telah menempah 6 pasang koleksi Baju Melayu Hipster by Zery Zamry,” cerita Zery seperti yang dipetik dari ruangan ‘Stailista’ di portal Murai.com.my.

Dalam pada itu, Zery turut berkongsi rahsia koleksi baju rayanya hingga berjaya mencuri tumpuan individu seperti Menteri Belia & Sukan Malaysia itu.

“Ia mungkin kerana potongan koleksi baju melayu saya telah dimodenkan agar nampak lebih terletak pada badan si pemakai disamping elemen gabungan fabrik yang menonjolkan kelainan. Setiap pasang akan didatangi dengan samping dan butang baju melayu.

“Tempahan buat masa ini sudah ditutup tetapi jika ada yang mahu menggayakan ia selepas raya mereka boleh menghubungi saya untuk berunding mengenainya. Saya pun tidak sangka tak sampai seminggu sambutan begitu baik dan untuk tahun depan saya akan merancang lebih awal,” tambahnya lagi.

Bersesuaian dengan peranan YB Khairy yang menjadi barisan hadapan para remaja dan anak muda, pendekatan yang diambilnya ini menunjukkan sokongan serta mendekatkan lagi dia dengan bakat-bakat muda dinegara ini.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP