Loading...
Tuesday, July 15, 2014

Mercun Satu Keseronokan


Lembaran Ilmu

Mercun Satu Keseronokan


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah , dalam apa jua musim perayaan sama ada tahun Tahun Baru Cina , Deepavali , malah sambutan Hari Raya , membakar mercun menjadi satu keseronokan . Walaupun tak semua antara kita dapat bermain dengannya , tanpa membakar mercun , seolah - olah sambutan perayaan ini seperti kurang perencah , tidak meriah .

 Mercun Satu Keseronokan
Mr . Google ...  veesandy.blogspot


Zaman Kanak - Kanak
Ketika usia kecil saya hinggalah meningkat remaja , mercun masih berada dalam status halal . Sukar untuk menemui berita kecederaan disebabkan mercun . Generasi saya masih lagi berada dalam kumpulan bukan saintis yang suka bereksperimen atau mungkin juga jenis yang ikut kata ibu bapa . Tidak dapat hendak menggambarkan bagaimana seronoknya kami bermain pelbagai jenis mercun tanpa halangan dan kebimbangan pada ketika itu .

Untuk mendapatkan bekalan sahaja , kami hanya perlu ke pekan . Di pekan banyak meja dibuka untuk menjual mercun . Malah bila keluar sahaja daripada kawasan sekolah , melusuri kaki lima kedai di pekan , berderet meja menjual mercun dibuka . Harganya pun murah - murah sahaja .

Zaman Pengharaman Mercun .
Di sini , di zaman pengharaman mercun bunyi mercun sudah mula kedengaran sejak awal puasa lagi . Selepas masuk minggu ketiga Ramadahn ini , kemeriahan bunyi mercun semakin menyerlah . Bunyinya datang dari setiap penjuru . Malah jiran tetangga juga dah mula aktif bermain walaupun setakat mercun yang sesuai untuk kanak - kanak .

Walaupun  pengharaman mercun sudah lama berkuatkuasa , membiarkan kami membakar mercun di musim perayaan adalah satu penghormatan yang memberikan keseronokan . Hanya mengharapkan genersi Y tidak merosakkan nikmat ini dengan berita - berita sadis kecederaan akibat pengubahsuaian mercun . Sudah pasti akan ada tindakan susulan dari pihak berwajib jika ianya berlaku nanti .


Bagi warga di utara dan pantai timur terutama remaja , kemudahan anda mendapatkan mercun dari sempadan diharapkan tidak disalahgunakan . Ada hikmahnya bila negara jiran bergolak ketika ini . Sekurang - kurangnya penyeludupan mercun dapat dielakkan . Justeru itu , kecederaan disebabkan mercun juga kurang didengari .



* NOTA :

Rindu zaman kanak - kanak main mercun berlawan balas dengan jiran tetangga .


Ditulis oleh :





Pemilik Lembaran Ilmu




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP