BLOG TAUHU SUMBAT
Lafaz Maaf Lebih Afdal Berbanding Kosong Kosong
KUALA LUMPUR - “Maafkan saya... kosong-kosong ya”. Itulah ungkapan yang sering kita dengar dewasa ini setiap kali Syawal menjelma.
Walaupun ungkapan yang dianggap mengikut peredaran masa itu tidak menjadi satu kesalahan untuk diucapkan, namun ia dianggap sebagai satu ’amalan’ yang longgar jika mengikut syariat Islam sebenar.
Mufti Kelantan, Datuk Muhammad Shukri berkata, adalah lebih afdal jika umat Islam bersalaman pada hari raya sambil melafazkan ucapan ’maafkan saya zahir dan batin’ berbanding hanya’ kosong-kosong’ kerana tidak melambangkan keikhlasan dalam memohon kemaafan.
"Dalam Islam kita panggil musafaha iaitu berjabat tangan sambil kita lafazkan kata meminta maaf dan memohon agar semua kesilapan serta kesalahan kita pada individu tertentu dimaafkan.
"Perkataan maaf itu sebaiknya dilafazkan sebagai tanda kita minta lupakan peristiwa lampau, jangan ada parut sekalipun dan buka lembaran baharu,” katanya lagi. - Bernama
SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT

0 comments:
Post a Comment