Loading...
Friday, July 18, 2014

MH17 : Kotak Hitam Ada Jawapan


Lembaran Ilmu

MH17 : Kotak Hitam Ada Jawapan


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah , selepas menafikan bahawa mereka yang membedil , kumpulan pemisah pro - Russia mendakwa telah menemui kotak hitam milik MH17 . Kotak hitam itu dikatakan telah dibawa ke Moscow untuk merungkai kebenaran . Kini, pekerja penyelamat pula mengkhabarkan telah menemui kotak hitam ke dua . Hanya kotak hitam ada jawapan bagi terajedi MH17 buat masa ini .

Saya mengharapkan hasil pemeriksaan kotak hitam itu nanti adalah yang asli . Ketelusan mereka membantu menyiasat punca sebenar trajedi ini sangatlah diharapkan . Sepatutnya kotak hitam itu diserahkan kepada MAS juga Malaysia . Apa significant Russia nak ambil dan periksa kotak hitam itu ? Semoga dipermudahkan bagi pasukan Malaysia untuk menguruskan kotak hitam itu nanti .


 MH17 : Kotak Hitam Ada Jawapan


Pada 17 Julai 2014 , negara dikejutkan sekali lagi dengan nahas yang melibatkan kapal penerbangan MAS iaitu MH17 cuma bezanya kali ini lebih tragis berbanding MH370 . MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah terhempas di Timur Ukraine berhampiran ibu kota Donetsk . Lokasi itu dikatan sebagai kubu kuat pemisah yang pro - Russia . MH17 yang membawa penumpang dan anak kapal seramai 289 orang telah berkecai dan terbakar sebahagian . Apa yang lebih menyayat hati adalah kesemua penumpang terkorban .

Salam takziah kepada keluarga mangsa yang terdiri dari pelbagai negara . Al - fatihah kepada para muslim yang terkorban . Sesungguhnya anda insan terpilih untuk menemui penciptaNya di bulan Ramadhan yang mulia ini .


* NOTA

Nahas MH17 berlaku atas kehendak Allah . Semoga waris mereka tabah dan redha dengan tragedi ini .


Ditulis Oleh :





Pemilik mutlak Lembaran Ilmu




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP