Loading...
Sunday, July 13, 2014

Kad Raya Dilupa Jangan


Lembaran Ilmu

Kad Raya Dilupa Jangan


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah, kad raya sangat sinonim dengan sambutan Hari Raya yang bakal menjelang . Pemberian kad raya sebagai ganti diri bagi memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Selalunya kad raya diberikan kepada kenalan, saudara mara yang berjauhan. Bagi yang berdekatan, kad raya dapat merapatkan lagi hugungan dan mewujudkan suasana Hari raya yang lebih meriah . Walaupun zaman sudah berubah tetapi kad raya dilupa jangan.


 Kad Raya Dilupa Jangan


E-Card Raya
Kesan penggunaan teknologi / gadget terkini , banyak kad raya maya digunakan menggantikan kad raya yang ada di pasaran . Cara itu dianggap lebih mudah dan murah malah ada kalanya tiada kos langsung . Anda hanya perlu memilih pelbagai design kad raya di internet , kemudian hantar sahaja ke Facebook , e-mail , MMS , whatssup dan apa sahaja medium kepada rakan taulan serta saudara mara anda .

Ucapan Ringkas Secara Online
Cara yang paling mudah dapat anda gunakan adalah dengan menghantar sahaja teks ringkas ucapan Selamat Hari raya melalui SMS, Facebook ( mesej ) dan e-mail serta lainnya secara online. Tak perlu anda bersusah payah untuk mendapatkan kad raya di kedai yang sudah tentu menambahkan kos perbelanjaan anda .

Nilai Kad Raya 
Bagi saya , secara peribadi , pemberian kad raya masih rasional dan memberi kesan dihati . Saya sangat rindukan zaman persekolahan saya dimana kad raya sangat cantik designnya . Gambaran suasana kampung halaman dan kemeriahan menyambut syawal sudah cukup memberi impak kepada sambutan hari raya yang bakal tiba .

Ada sesetengah kad mengeluarkan irama tema hari raya bila sahaja dibuka . Cuba anda bayangkan bila anda menerima kad raya seperti itu daripada seseorang yang anda sayang . Sudah tentu bunga berkembang di laman hati .

Apa pun , pilihan terletak ditangan anda sendiri . Kalau kita tidak pertahankan tradisi itu , siapa lagi . Berilah contoh yang baik kepada generasi Y .


* NOTA :

Satu ketika dahulu , dinding rumah dipenuhi kad raya sebagai hiasan di hari raya .



Ditulis Oleh :





Pemilik mutlak Lembaran Ilmu @ veesandy.blogspot





0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP