Lembaran Ilmu
MH17 : Alih Perhatian Dunia Dari Gaza
Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah , ramai antara kita yang sedar hakikat ini . Tragedi MH17 telah mengalih perhatian dunai dari Gaza secara automatik . Oleh kerana tragedi MH17 masih segar dan ramai yang menantikan perkembangan selanjutnya , maka kisah saudara kita di Gaza serta serangan Israel ke atas bumi Palestin ibarat ' dilupakan sebentar ' . Keadaan ini menyebabkan Israel mengambil peluang melakukan serangan sekali lagi . Setakat semalam , jumlah korban telah mencecah seramai 341 orang .
Hari Sabtu ( 19 Julai ) pesawat Israel telah menghebatkan serangan untuk hari yang ke - 12 ke atas Gaza atas alasan konfrantasi dengan Hamas . Menurut jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al - Qudra , serangan terbaru ini telah mengorbankan 2 lelaki yang berusia 25 dan 31 tahun berhampiaran Dier al - Balah di tengah Gaza serta 2 orang di Zeitun ( timur bandar Gaza ) menjadikan jumlah kematian untuk hari Sabtu sahaja mencecah kepada 45 orang .
Apabila media seluruh dunia memberi keutamaan kepada tragedi MH17 , serangan terbaru di Gaza hanya menjadi tajuk kecil sampingan di dada akhbar bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia . Di Malaysia , masih ramai yang mencari maklumat terkini berkaitan Gaza tetapi di negara luar perkara ini belum tentu berlaku .
Keperluan untuk melariskan bahan media mereka , keutamaan adalah kepada berita tergempar . Itu sudah menjadi keperluan utama atas tujuan meningkatkan rating juga jualan di pasaran . Tidak dapat tidak , kita perlu akur dengan tuntutan itu .
Justeru itu , sebagai muslim yang perihatin terhadap saudara seagama khususnya rakyat Palestin , walaupun tumpuan dunia sudah beralih arah dan Israel mengambil kesempatan itu untuk melakukan serangan berganda , adalah diharapkan doa dan bantuan muslim Malaysia dapat terus diperhebatkan . Siapa lagi yang dapat membantu mereka jika bukan kita .
Bagi mangsa MH17 yang beragama Islam , sesungguhnya anda beruntung kerana terpilih pergi menghadap penciptaNya di bulan Ramadhan yang mulai ini . Al - Fatihah . Semoga anda semua tenang di sana . Insha Allah , syurga tempat anda .
Walaupun sedih dan meratap hiba , pewaris perlu akur bahawa terhempasnya MH17 adalah atas kehendak Allah jua . Walapupun saya tidak berada di tempat itu , saya dapat merasai kesedihan bila kehilangan insan tersayang . Setiap kejadian yang Allah takdirkan itu ada hikmah dan pengajaran . Semoga anda redha dengan ujian dari Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini .
Setiap yang hidup pasti akan mati cuma dengan cara dan keadaan yang berbeza .
Ditulis oleh :
Pemilk mutlak Lembaran Ilmu
0 comments:
Post a Comment