Loading...
Sunday, July 13, 2014

Lisa Surihani semakin lantang?


ARTIS MELETOP

Lisa Surihani semakin lantang?


Lisa Surihani

TIDAK dinafikan media sosial seperti Facebook dan Instagram memberi kelebihan buat golongan anak seni mendekatkan diri kepada peminatnya.

Namun dalam kebaikan itu, ada juga terselit perkara negatif yang mungkin mendatangkan kesan buruk buat kerjaya seseorang artis.

Bagi pelakon cantik, Lisa Surihani, pengaruh media sosial ini bagaimanapun boleh dikawal dan ia bergantung pada mereka yang menggunakannya.

“Sebenarnya saya sendiri sebelum memuat naik gambar atau video dalam akaun Instagram akan berfikir banyak kali kerana saya memang tidak mahu mendatangkan sebarang masalah.

“Saya perlu menjaga nama baik keluarga dan suami. Kalau boleh memang saya mahu elakkan berlakunya perkara seperti ini.

“Tapi itu bukan bermakna saya menilai pengguna media sosial yang lain. Itu semua terpulang pada cara masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa bersama Astro, baru-baru ini.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Lisa menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini lebih lantang memberi respons pada komen-komen peminat memandangkan jumlah pengikut di akaunnya cukup tinggi.

“Saya tidak pernah berniat dan tidak terfikir untuk mendapatkan pengikut yang ramai malah saya buka akaun Instagram pun kerana ikut ‘trend’ sahaja.

“Siapa suka boleh ‘follow’ dan kalau tidak, saya tidak paksa.

“Dari dulu hingga sekarang saya memang seorang yang ‘transparent’. Apa yang saya muat naik dalam akaun itu adalah sifat saya dan ia tidak berubah mengikut jumlah ‘follower’ seperti yang dikatakan,” jelasnya.

Ramadan penuh makna

Sementara itu, pelakon Istanbul Aku Datang ini akui kehadiran Ramadan tahun ini begitu memberi makna buat dirinya.

“Tidak seperti tahun-tahun lalu, kali ini saya menjalani bulan puasa tanpa sebarang penggambaran filem mahupun drama.

“Banyak masa saya habiskan bersama kawan-kawan, keluarga dan suami,” tuturnya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai aktiviti sepanjang Ramadan, Lisa akui gembira kerana berpeluang melakukan amal ibadah bersama orang yang tersayang.

“Kalau diberi pilihan, saya lebih suka berbuka di rumah bersama suami dan keluarga. Tambahan rumah kami berdekatan dengan surau, jadi saya juga berpeluang menunaikan solat Tarawih bersama mereka.

“Tahun ini perasaannya lebih teruja kerana sebelum ini memang tidak berpeluang berbuat seperti itu,” katanya.

Simpati nasib Palestin

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam keterujaan menyambut Ramadan yang mulia ini, Lisa turut berkongsi rasa simpati terhadap apa yang berlaku di tanah Palestin.

“Setiap kali melihat status di laman sosial mengenai penderitaan mereka, hati saya sangat sayu.

“Apa yang mampu, saya hanya memohon doa supaya kekejaman yang berlaku akan dihentikan.

“Dari situ juga saya bersyukur kerana kehidupan kita di sini jauh lebih baik,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP