ARTIS MELETOP
Ezany Isteri Yang Minta Cerai
Ezany terpaksa akur permintaan isterinya yang mahu bercerai.
Pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Ezany, 41, berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.
"Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.
"Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.
Ezany dan Lizda akhirnya bercerai selepas tujuh tahun berkahwin.
Pada Selasa lalu, Ezany yang juga merupakan pengusaha kicap dan belacan telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya dengan tulisan: "It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita."
Manakala Lizda pula menaikkan status di Facebook meluahkan bahawa dia baru sahaja menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri selepas melalui proses perpisahan dalam rumahtangganya.
"Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan reda dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah dia atau pihak isterinya sudah memfailkan cerai, Ezany bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara itu.
"Tunggulah nanti apa keputusan hakim. Sekarang ini pun masalah masih belum selesai.
"Saya pun enggan komen panjang kerana takut ia boleh menjejaskan kes kami," katanya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
0 comments:
Post a Comment