Loading...
Saturday, July 12, 2014

Kenaikan OPR 3.25 Peratus Bebankan Rakyat


BLOG TAUHU SUMBAT

Kenaikan OPR 3.25 Peratus Bebankan Rakyat

SHAH ALAM: Belum pun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan, peminjam perumahan dan kenderaan terlebih dahulu dipaksa berhadapan dengan kenaikan bayaran ansuran pinjaman mereka.

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, hal ini berikutan pengumuman terbaru Bank Negara menaikan kadar dasar semalaman (OPR) yang sekaligus menyebabkan meningkatnya kadar berian pinjaman asas (BLR).

“Kenaikan BLR ini tentunya akhirnya akan membawa kepada kenaikan kadar faedah pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, sewa beli barangan keperluan kelengkapan rumah dan lain-lain.
<!-- more -->
“Orang yang sedia ada mempunyai pinjaman perumahan juga akan berdepan kadar pinjaman lebih tinggi yang bermakna dah tentu membawa kepada kenaikan kos pinjaman.

“Pengguna membuat pinjaman membeli kereta, rumah dan pinjaman lain pastinya terpaksa membayar kadar faedah lebih tinggi,” kata Dr Rosli ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.

Jelas beliau, peningkatan bayaran pinjaman ini juga menyebabkan kos sara hidup meningkat lebih tinggi dalam suasana peningkatan pendapatan yang lembab.

Dr Rosli yang mengakui BNM tidak mempunyai banyak pilihan polisi yang boleh dilaksanakan bagaimanapun berkata, kerajaan haruslah mengambil langkah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri dengan harga lebih rendah.

“Tujuan sebenar BNM adalah bagi mencapai keseimbangan kewangan dalam dan luar negara dan mengawal tekanan inflasi disebabkan pertumbuhan pinjaman ekoran pertumbuhan ekonomi yang sederhana.

“Bagaimanapun kerajaan harus sedar ini menyebabkan meningkatnya kos sara yang memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana khususnya,” kata beliau.

Dr Rosli berkata, kerajaan harus memastikan harga rumah terkawal dengan menentukan harga rumah kos rendah dan sederhana dengan cara pengurangan harga bahan binaan.

Kerajaan juga boleh mengkaji untuk menaikan gaji kakitangan awam.

“Sudah masa kerajaan kaji semula gaji kakitangan awam supaya dengan kenaikan baru dapat membantu mereka menghadapi kos sara yang makin tinggi.

“Kerajaan juga kena fikir semula nak kenakan GST sebab beri kesan kos sara. Kena tangguhkan atau lupakan terus,” kata Dr Rosli lagi.

Khamis lalu, BNM mengumumkan OPR dinaikan sebanyak 25 mata kepada 3.25 peratus. -  SELANGORKINI

SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP