Lembaran Ilmu
Kenapa Perlu Sedekah Di Bulan Ramadhan ?
Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah , Ramadhan adalah bulan yang digalakkan membuat sedekah sebanyak mungkin . Sedekah adalah memberi derma melalui pelbagai cara apa sama ada dalam bentuk barangan juga menghulurkan bantuan kemanusiaan yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara sepontan dan sukarela tanpa dibatasi waktu dan jumlah tertentu . Kenapa perlu sedekah di bulan Ramadhan ? Kerana sedekah itu menjadikan kita disayangi Allah disamping mendapat limpahan rezeki yang tidak dijangka asalkan segalanya ikhlas kerana Allah .
Raghib al - Ashfahani mendifinasikan sedekah sebagai ;
" Sesuatu yang manusia keluarkan dari hartanya dengan maksud mendekatkan diri kepada Allah seperti zakat . "Baginda s.a.w diriwayatkan bersedekah dengan sedekah yang amat banyak sehingga diumpamakan sedekah Baginda itu bagaikan angin yang berhembus . Diriwayatkan dalam sahih al - Bukhari dan Muslim , daripada Ibnu Abbas r.a. , ia berkata ;
" Nabi s.a.w. adalah yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan , saat beliau ditemui Jibrail untuk membacakan kepadanya al - Quran . Jibrail menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan lalu membacakan kepadanya al - Quran . Rasulullah s.a.w. ketika ditemui Jibrail lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus . "Hadis ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan ;
" Dan beliau tak pernah diminta sesuatu kecuali memberikannya . "Termasuk juga sedekah di bulan Ramadhan itu dengan menyediakan jamuan berbuka puasa kepada kaum Muslimin dan Muslimat . Besar sekali pahalanya disisi Allah s.w.t. kepada yang mampu melaksanakannya . Perkara ini disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ;
" Barang siapa memberikan makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa , maka ia memperoleh pahala sama dengan orang yang berpuasa , sedangkan pahala orang yang berpuasa itu sendiri tidak berkurang sedikit pun . "
( Riwayat Tarmizi )
Imam al - Jurjani Rahimahullah berkata ;
" Sedekah adalah segala pemberian yang diharapkan dengannya pahala daripada Allah . "Marilah kita sama - sama bersedekah dalam apa jua cara dan bentuk di bulan yang mulai ini . Masih ramai di luar sana mengharapkan secebis daripada kita yang mewah di meja iftar juga persiapan hari raya . Mulakanlah sedekah anda dengan senyuman . Hulurkan tangan kanan sembunyikan tangan kiri .
* NOTA RAMADHAN 20
HANYA LAPAR DAN DAHAGA
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah s..w.t. berfirman ,
" Dan siapa yang anggota - anggotanya tidak berpuasa daripada perkara yang Aku haramkan , maka tidaklah Aku berhajat agar dia meninggalkan makan dan minumnya demi kerana - Ku . "
( Riwayat Abu Nuaim daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. )
Nabi s.a.w. juga mengucapkan sabda yang maksudnya hampir senada ;
" Berapa banyak orang yang berpuasa sedang ia tidak mendapat daripada puasanya itu melainkan dahaga semata - mata dan berapa banyak pula orang yang mengerjakan solat ( sunat pada malam hari ), sedang ia tidak mendapat daripada solatnya itu melainkan bersengkang berjaga malam . "
( Riwayat Darimi daripada Abu Hurairah r.a. )
Ditulis oleh ;
Pemilik mutlak Lembaran Ilmu
0 comments:
Post a Comment