Loading...
Wednesday, July 16, 2014

Kassim Ahmad Gagal Usaha Batal Tuduhan JAWI.


BLOG TAUHU SUMBAT

Kassim Ahmad Gagal Usaha Batal Tuduhan JAWI.

Mahkamah Rayuan hari ini tidak membenarkan permohonan penangguhan oleh Kassim Ahmad bagi menghentikan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadapnya atas tuduhan mempersendakan Islam.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Md Raus Sharif berkata panel hakim sebulat suara tidak membenarkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ia tidak ada bidangkuasa untuk mendengar semakan kehakiman berhubung tindakan JAWI terhadap Kassim yang berusia 81 tahun.

<!-- more -->
Bagaimanapun, Hakim Md Raus membenarkan pendengaran rayuan itu pada 24 Julai. Dua lagi panel hakim ialah Hakim Datuk Linton Albert dan Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki. Kassim berusaha untuk membatalkan tuduhan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.

Pada mulanya, kes Kassim telah ditetapkan untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya hari ini. Bagaimanapun, mahkamah Tinggi Syariah kini telah menetapkan 20-22 Oktober untuk perbicaraan terhadap atas tiga tuduhan. Malaysiakini.com

SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP