Loading...
Saturday, July 19, 2014

Kawan Baik Dakwa Isteri Awie Menipu & Lapor Polis Untuk Tutup Isu Duit


ARTIS MELETOP

Kawan Baik Dakwa Isteri Awie Menipu & Lapor Polis Untuk Tutup Isu Duit



Nampak gaya kisah ini akan berpanjangan untuk satu masa yang lama dek kenyataan dari pihak luar yang seperti lebih tahu akan kebenaran yang berlaku antara Awie & isterinya, Rozana Misbun yang kini dalam perhatian ramai.

Semalam, Rozana Misbun tampil memberi kenyataan kepada media mengadu yang suaminya itu menghalang beliau untuk bertemu dengan anak anak selain menceritakan serba sedikit tentang kecederaan yang dialami akibat perbuatan Awie.

Namun seorang pengguna Instagram yang mendakwa dirinya sebagai kawan baik kepada isteri penyanyi rock itu tampil memberikan beberapa ‘bukti’ menunjukkan yang Rozana Misbun menipu kepada pihak media tentang hubungan beliau dengan anak anak terutamanya anak tiri.



Melalui beberapa screenshot yang didakwa perbualan pengguna Instagram itu dengan Rozana Misbun, nampak jelas wanita itu mempunyai tabiat membeli belah yang agak keterlaluan & selain mengakui ‘terpaksa’ membuat laporan polis untuk menutup isu mencuri duit.



Khabar angin yang bertebaran sebelum ini di kalangan peminat adalah Rozana telah mencuri wang milik Awie yang disimpan dalam akaun diatas nama isterinya berjumlah ratusan ribu ringgit dengan membeli belah terutamanya beg tangan berjenama mahal berbelas ribu ringgit.

Apa yang disampaikan pengguna Instagram ini nampak selari dengan apa yang disampaikan dari orang terapat dengan Awie sebelum ini namun hanya mereka sahaja yang tahu kebenarannya dan semoga ada penyelesaian untuk kemelut mereka ini.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP