Loading...
Saturday, July 19, 2014

Masa Depan MAS Suram, Penumpang Dijangka Merosot - Wall Street Journal


BLOG TAUHU SUMBAT

Masa Depan MAS Suram, Penumpang Dijangka Merosot - Wall Street Journal

Nasib Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) kini bergantung kepada cara syarikat tersebut mengendalikan tragedi MH17 yang berlaku di timur Ukraine kerana dijangka akan mengalami krisis pengurusan dan penerbangan.

MAS kini kehilangan dua pesawat membabitkan 537 nyawa dalam tempoh empat bulan, jumlah terbesar dicatatkan sejarah syarikat penerbangan dalam masa yang singkat, lapor The Wall Street Journal (WSJ).


Insiden penembakan pesawat Boeing 777 di timur Ukraine itu terjadi selepas MH370 dilaporkan hilang secara misteri pada 8 Mac lalu, menyebabkan satu dunia mencari pesawat yang masih belum ditemui sehingga sekarang.

<!-- more --> 
"Ini pertama kali industri penerbangan mendengar tragedi berlaku dua kali dalam jangka masa pendek.

"Pesawat itu berada di tempat yang salah pada masa yang salah," kata pakar pengurusan krisis di Hill Knowlton Strategies di Singapura.

MAS pada suku pertama 2014 dilaporkan mengalami kerugian RM443.4 juta, berbeza dengan tahun sebelumnya iaitu RM278.8 juta.

Jumlah kerugian pada tahun 2013 sebanyak RM1.17 bilion, tahun ketiga dilaporkan rugi berturut-turut.

MAS memberi alasan kerugian Q1 disebabkan insiden kehilangaan MH370 apabila banyak tempahan tiket perjalanan jarak jauh dibatalkan penumpang selepas 8 Mac lalu.

Namun tanpa tragedi itu juga, pesawat Malaysia Airlines sudah mencatatkan kejatuhan kewangan sejak bertahun lalu.

Pada tahun 2001, kerajaan Malaysia dipaksa menjamin MAS demi menyelamatkannya daripada rugi.

Pensyarah penerbangan di Universiti New South Wales, Ian Douglas berkata kehilangan MH370 menyebabkan punca pendapatan MAS semakin susut.

Manakala jumlah penumpang juga merosot 4% setiap tahun sehingga 1.3 juta pada Mei lalu sejak MH370 hilang, jumlah kemorosotan besar dicatatkan sejak September 2012.

Penganalisis berpendapat cabaran terbesar MAS adalah untuk memastikan penumpang sentiasa menggunakan perkhidmatan mereka tanpa perlu menawarkan potongan diskaun besar.

Jika dahulu syarikat terpaksa bergelut dengan punca kewangan, kini mereka menghadapi masalah pendapatan kerana penumpang tidak lagi mahu menggunakan MAS.

Douglas berkata, beberapa kawannya di Australia sudah membatalkan tempahan tiket MAS selepas kejadian kelmarin.

"Mereka membatalkan penerbangan mereka walaupun mereka sedar kejadian itu boleh berlaku ke atas mana-mana penerbangan daripada Eropah Barat ke Asia Tenggara," katanya.

Penasihat di firma Global Market Advisors, Jonathan Galaviz berkata kejadian itu memberi implikasi yang sangat besar kepada perniagaan MAS.

"Jenama MAS tercalar teruk, walaupun puncanya bukan daripada syarikat itu," katanya.

MH17 ditembak jatuh di zon konflik di timur Ukraine menyebabkan 298 orang terbunuh, termasuk dua bayi.

Pihak yang bertanggungjawab masih belum dikenalpasti, apabila pihak berkuasa Rusia dan Ukraine saling menuding jari dan menyalahkan puak pemisah pro-Rusia atas tragedi itu.

Walaupun MAS tidak dipersalahkan dalam hal ini, namun pengasas Aspire Aviation Daniel Tsang berkata permintaan mungkin jatuh menjunam walaupun ketika musim melancong.

"Situasinya sekarang MAS kini berada di hujung tanduk selepas lama bertahan sejak bertahun lalu," katanya.

Beliau mencadangkan kemungkinan terbaik adalah membiarkan syarikat itu dibangunkan semula bermula daripada bawah.

Sementara itu, Lines berkata MAS kini perlu mengendalikan isu MH17 dengan lebih berhati-hati berbanding kehilangan MH370 pada Mac lalu.

Beliau berkata, situasi kini lebih mudah untuk diketahui dan menenangkan waris mangsa, berbeza dengan kehilangan misteri MH370 yang sehingga kini masih belum terungkai.

Namun menurut Lines, MAS dalam jangka masa panjang perlu meyakinkan semula pelanggannya bahawa penerbangan mereka selamat dan ini memerlukan pembaik pulih sepenuhnya dari segi jenama dan syarikat itu sendiri. – 19 Julai, 20140
Sumber

SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP