Lembaran Ilmu
Derita Palestin Di Bumi Gaza
Assalamualaikum ...
Sudah berabad lamanya rakyat Palestin hidup dalam kesengsaraan . Derita Palestin di bumi Gaza ibarat sebuah cerita yang tiada penghujung . Sekatan demi sekatan dari kuasa besar yang didalangi Israel terpaksa mereka telan . Meskipun bantuan kemanusiaan melalui UN tidak pernah putus , tetapi seakan - akan tiada apa yang berubah . Bantuan hadir ibarat mengisi ruang kosong yang sentiasa ada . Lantaran sayangkan tanah tumpah darah mereka , warga Palestin lebih rela melalui kesusaha itu berbanding berhijrah mencari keselesaan .
Sama ada Mesir mahupun Jordan , masing - masing gerunkan negara kuasa besar barat semata - mata menjaga periuk nasi mereka sendiri . Kedua - dua pintu negara tersebut merupakan jalan masuk untuk misi bantuan kemanusiaan UN juga pintu keluar warga Palestin bagi penghijrahan demi sebuah kehidupan .
Ibarat menjaga sebuah keluarga , Jordan dan Mesir terpaksa menutup mata dan telinga meskipun penderitaan warga Palestin sentiasa kedengaran dan terlihat . Menyekat penggunaan sempadannya atas kehendak kuasa - kuasa besar itu .
Sekatan demi sekatan yang dilakukan Israel menyebabkan hospital di Palestin hanya boleh merawat luka - luka ringan sahaja . Sebagaimana yang diketahui , setakat ini hanya beberapa pesakit kronik sahaja yang dapat melepasi pintu sempadan Jordan dan Mesir untuk mendapatkan rawatan susulan sedangkan masih ramai lagi yang cedera di bumi Gaza . Anak kecil yang terpaksa menanggung kesakitan tanpa mendapat rawatan yang sewajarnya sudah menjadi lumrah .
Tiada satu tempat pun di bumi Gaza itu dikategorikan sebagai selamat . Bom Israel boleh saja landing di mana - mana mengikut random mereka . Satu - satunya bangunan sekolah milik UN yang dianggap selamat juga tidak dapat menjamin apa - apa . Malah tempat itu kini sudah dipenuhi warga Palestein yang mencari perlindungan .
Sekiranya anda membuat survey di internet , sudah tentu ramai yang rela menawarkan diri untuk mengangkat senjata bersama kumpulan Hamas juga Qassam di sana . Tapi bagaimana ? Hanya satu yang pasti , bukan mudah para sukarelawan ini mahu memasuki wilayah itu untuk bersama - sama memerangi Israel . Kawalan yang sangat ketat untuk orang luar memaksa mereka hanya mampu melihat kepulan asap dan bunyi bedilan dari kejauhan .
Justeru itu , seluruh umat Islam di dunia hanya mampu menitipkan doa buat mereka . Allah Maha Pemurah , Allah Maha Pendengar , Allah juga Maha Menyanyangi . Segala sesuatu yang berlaku atas kehendakNya dan akan berhenti juga atas kehendakNya juga . Semoga Allah melindungi saudara kita di sana dan mereka dapat melaksanakan ibadah Ramadhan walau dalam apa keadaan sekalipun . Diharapkan mereka yang berada di pusat perlindungan UN dapat melakukan solat berjamaah pada setiap waktu serta berqiamullail di 1/3 malamnya , untuk berdoa meminta kepadaNya .
* NOTA :
Semoga warga Palestin terus kuat melaluinya . Hanya doa yang dapat kami titipkan dari kejauhan .
Ditulis Oleh :
Artikel milik veesandy.blogspot
0 comments:
Post a Comment