Lembaran Ilmu
Pemberian Kukuhkan Ukhwah
Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah , dalam menjalin hubungan persahabatan di alam maya , kita boleh melakukan pelbagai kaedah untuk menghargai sahabat kita . Pemberian menukuhkan ukhwah . Walaupun mengenali sekadar di maya , menjalinkan silaturrahim adalah sangat dituntut dalam Islam . Malah memberikan kegembiraan kepada penerima juga sudah memberikan pahala pada kita . Mudah bukan . Apatah lagi ianya dilakukan di bulan Ramadhan .
Semalam saya menerima bingkisan dari ema @ http://emarieys.com/ . Saya sebenarnya tidak menduga jawapan saya betul . Ketika itu saya sekadar memenuhi kehendak ema dalam entry tersebut untuk meneka setiap handbag serta pemiliknya . Kalau tak silap saya ada empat handbag . Saya meneka hanya berdasarkan gambar - gambar yang ada di situ . Lebih kepada meneka sahaja sebenarnya .
Bila membaca kad ucapan ni , sejuk sahaja rasanya hati . Sebagaimana kata pepatah , orang melayu kaya dengan budi bahasa . Ayat demi ayat menyusun bicara dengan kemas . Senyum saya membacanya . Bila melihat kad nama blogger , maka terfikirlah saya bahawa saya ini masih belum memilikinya . Mungkin juga nanti akan ada . Boleh pas pada rakan - rakan blogger .
Inner tudung yang saya belum miliki sebenarnya . Dah ramai orang pakai kan . Tapi saya masih sekadar memerhati . Hajat nak juga dapatkan satu untuk bergaya dihari raya . Alhamdulillah , Allah makbulkan hajat saya . Cuma saya tak perlu keluarkan RM . Terima kasih Ema .
Saya suka benda ni . Nampak eksklusif bila nama saya ada disitu . Disulam dengan kemas . Bagus ideanya, Ema . Buat masa ini saya akan kekalkannya begitu . Sayang nak buka . Biarlah ia menjadi koleksi peribadi .
Terima kasih sekali lagi Ema , atas semua pemberian itu . Semoga Allah melimpahkan rezeki kepada kamu ... aaamin .
* NOTA :
Orang memberi , kita menghargai .
Ditulis oleh :
Pemilk mutlak Lembaran Ilmu
0 comments:
Post a Comment