Loading...
Saturday, July 12, 2014

Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa


Lembaran Ilmu

Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah , menjalani puasa dalam bulan Ramadhan memaksa kita untuk mengambil kira banyak perkara . Sekiranya tidak pasti kita akan melanggar perkara - perkara yang membatalkan puasa . Maka menjadi keperluan kepada kita untuk mengetahui apakah perkara - perkara tersebut . 

Antara Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa ;


 Perkara - Perkara Yang Membatalkan Puasa



* NOTA RAMADHAN 15

ISTIQAMAH SOLAT BERJEMAAH

Ganjaran dan kebaikannya tidak ternilai . Apatah lagi pada bulan Ramadhan . Kata Nabi s.a.w ;
" Pahala solat jemaah bagi seseorang lebih daripada solat bersendirian ; sama ada ( dia solat sendirian ) di tempat kerjanya atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima ( ada riwayat menyebut 27 atau 29 ) . Oleh yang demikian orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersolat , setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat ( pahala ) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid . Apabila berada di dalam masjid , dia dianggap seperti orang yang bersolat selagi dia menunggu untuk berjemaah . Dan para Malaikat mendoakan seseorang selagi dia berada di tempat solatnya dengan berdoa , ' Ya Allah ! Ya Tuhanku ! Kasihanilah dia . Ampunilah dia . Terimalah taubatnya selama dia tidak menganggu dan belum berhadas di tempatnya itu . "
( Riwayat Bukhari & Muslim daripada Abu Hurairah r.a. )


Ditulis oleh :
Pemilik mutlak Lembaran Ilmu @ veesandy.blogspot





0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP