Loading...
Thursday, July 31, 2014

Pertama Kali Azankan Anak, Awal Ashaari Menangis


ARTIS MELETOP

Pertama Kali Azankan Anak, Awal Ashaari Menangis



Pelakon dan pengacara Awal Ashaari tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila pertama kali bertentangan mata sewaktu mengazankan anak pertamanya sehingga mengalirkan air mata.

Menurut Awal, detik terindah itu merupakan memori yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya.

“Sewaktu pertama kali anak saya memandang kea rah saya ketika saya mahu azan dan iqamatkan dia merupakan saat yang paling tidak akan saya lupakan.

“Memori indah itu bagaikan terhenti sehingga saya menangis dan berkata ini anak saya… ‘I am now a father,’ katanya ketika dihubungi Astro Awani.



Detik terindah bagi pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha saat bersama cahaya mata pertama mereka

Mengimbas kembali saat-saat sebelum kelahiran anak perempuannya itu, Awal membertahu Scha mula berasa sakit bermula jam 6.00 pagi.

Bagaimanapun, mereka tidak bergegas ke hospital kerana Scha menyangka ianya hanyalah sakit perut yang biasa.

“Lebih kurang jam 11 pagi pihak hospital hubungi saya apabila mendapati sakit Scha menjadi semakin kerap.

“Scha kemudiannya dimasukkan ke bilik kecemasan dan selamat bersalin kira-kira jam 5:50 petang.” jelasnya teruja.

Terdahulu, isterinya yang juga pelakon dan pengacara Scha Alyahya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.17 kg di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP