Lembaran Ilmu
Psiko Suami Berpuasa
Asslamualaikum...
Rasa - rasanya lah ada lagi tak lelaki / suami yang liat puasa ? Tak mustahil kalau ada kan !!! Okeylah . Now ada tips untuk bimbing suami yang liat sangat nak puasa nih ... antaranya :
1. Kenal pasti punca .
Mungkin ibu bapa suami ni dulu tidak paksa dia berpuasa sejak dia kecil lagi . Jadi bila dah dewasa , dia rasa susah nak bila tiba - tiba mesti puasa .
2. Si isteri perlu bijak mengatur strategi .
Jangan paksa . Macam suruh anak - anak belajar berpuasa . Belajar berpuasa secara berperingkat , perlahan - lahan . Apatah lagi kalau suami tu baru saja kenal Islam .
3. Nasihat si suami secara bijaksana .
Kalau boleh jangan sampai teguran isteri tu menaikkan kemarahan si suami lah . Beritahu tentang kewajipan berpuasa tu dengan cara diplomasi . Sama ada dia menerima atau tidak , sekurang - kurangnya si isteri sudah berusaha menasihatinya .
4. Guna Psikologi
Kalau masih tak jalan gak , mungkin isteri boleh guna strategi sms guna ayat yang baik - baik , memuji , beri perangsang supaya suami sedar tentang keperluan menjalankan tanggungjawab berpuasa .
5. Sediakan Hidangan Kegemaran
Si isteri boleh umpan suami dengan menu berbuka dan bersahur yang disukai suami sambil berdoa semoga Allah memberi rahmat dan membukakan pintu hati suami untuk berpuasa .
6. Sahur Pada Waktu Kecemasan
Cuba kejutkan suami pada waktu yang agak lewat untuk bersahur anggaran setengah jam sebelum imsak . Biasanya lelaki ni memang liat sikit bila suruh bangun sahur . Mungkin juga si isteri boleh bawakan makanan / minuman ke tempat tidur suami .
7. Berdoa
Sekiranya semua usaha kat atas ni tak berjaya , berdoalah pada Allah agar di beri kekuatan untuk membimbing suami , sentiasa cari peluang untuk beri galakan / dorongan agar suami dapat lakukannya satu hari nanti .
Mesti ada yang bertanya , ada lagi ke suami tak berpuasa ? Sudah tentu ada . Kalau yang tak solat pun ramai , maka sudah tentu sama juga dengan puasa . Isteri pun ada juga yang liat berpuasa . Sama ada suami atau isteri , carilah cara yang paling diplomasi untuk ajar / suruh pasangan anda berpuasa .
Ditulis oleh ;
Pemilik mutlak Lembaran Ilmu @ veesandy.blogspot
0 comments:
Post a Comment