Loading...
Sunday, July 20, 2014

Keutaman Sedekah


Lembaran Ilmu

Keutaman Sedekah


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah , apabila kita bersedekah , hendaklah kita mengutamakan orang yang dekat dengan kita . Mereka sudah tentunya adik beradik , kaum kerabat dan juga jiran tetangga sebelum menghulur bantuan kepada orang lain . Ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad .

Kandungan hadis tersebut menyusun keutamaan bersedekah seperti kepada diri sendiri , isteri , anak , orang gaji dan jika masih ada lebihan , bersedekahlah kepada sesiapa yang memerlukan . Jika masih ada golongan fakir dan miskin di negara kita , lebih baik kita bersedekah kepada mereka sebelum bersedekah kepada penduduk luar negara . 


 Keutamaan Sedekah


Allah s.w.t. berfirman :

" Mereka bertanya kepada kamu ( wahai Muhammad ) tentang apakah harta yang perlu mereka nafkahkan ? Maka jawablah : ' Apa yang berlebih daripada keperluan ( diri dan tanggungan wajib ) . ' "
( al - Baqarah 2 : 219 )

Sabda Rasulullah s.a.w. :

" Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah , satu dinar yang engkau gunakan untuk memerdekakan hamba , satu dinar yang engkau sedekahkan kepada fakir miskin , satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu , yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu . "
( Riwayat Muslim ) 

Maka bersedekahlah sesuai menurut keutamaan sebagaimana di atas . Pun begitu , anda masih boleh bersedekah kepada rakyat Palestin sekiranya ada kelebihan dan kemampuan pada harta yang anda miliki .


* NOTA RAMADHAN 22

TAKUTLAH DENGAN MENGUMPAT

Abdullah bin Abbas r.a. mengajar cara untuk mengelak daripada mengumpat ;

" Apabila engkau hendak menyebut cacat ( aib ) kawanmu , lebih baik engkau memperhatikan cacat dirimu . "

Orang yang mengumpat sedang dia berpuasa , hakikatnya dia sudah pun berbuka puasa . Dia berbuka dengan sesuatu yang diharamkan oleh Allah . Allah menegaskannya di dalam al - Quran ;

" ... dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain . Sukakah salah seorang kamu bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati ... "
( al - Hujurat 49 : 12 )


Ditulis Oleh :





Pemilik mutlak Lembaran Ilmu




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP