Loading...
Saturday, July 12, 2014

Kemunculan Semula Sistar


ARTIS MELETOP

Kemunculan Semula Sistar


Sistar sudah lama menyepi sejak pertengahan tahun lalu.

SEJAK penghasilan album Give It To Me pada pertengahan tahun lalu, kumpulan Sistar sepi daripada sebarang khabar berita. Namun mereka bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi.

Menurut laporan portal Hellokpop, masih membariskan anggota yang sama iaitu Hyorin, Dasom, Bora, Soyou, kumpulan ini akan muncul dengan sebuah album baharu yang dijangka akan dipasarkan pada 21 Julai ini.



Foto pengenalan album mereka yang bakal muncul tidak lama lagi.

Mereka muncul dengan konsep lagu dan imej baru buat para peminatnya. Beberapa keping gambar kumpulan itu sudahpun dikeluarkan oleh pihak Starship Entertainment sebagai 'teaser' untuk peminat-peminat lebih teruja menantikan album tersebut," kata jurucakap kumpulan itu.

Foto teaser itu hanya menampakkan siluet empat anggota tersebut beraksi dengan berlatarbelakangkan pantai. Selain itu mereka turut meletakkan tulisan 'SISTAR 20140721' menunjukkan tarikh kemunculan semula mereka.

Jika sebelum ini mereka popular dengan lagu-lagu gubahan Brave Brothers Double Sidekick, berbeza dengan album kali ini mereka akan bekerjasama dengan komposer Rado dan Choi Kyu Sung.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP