Sebelum ini masyarakat khususnya peminat filem Melayu Studio Jalan Ampas, Singapura dikejutkan dengan berita seniwati Datuk Sarimah Ahmad yang menderita penyakit barah hidung dan otak peringkat empat.
April 2010 menjadi detik paling sukar buat pelakon bergelar primadona filem Melayu ini apabila disahkan menghidap penyakit yang sangat digeruni dan antara penyakit paling berbahaya pada era moden ini.
Doktor turut mengesahkan dia hanya mampu bertahan untuk tempoh tiga bulan saja dan ini membimbangkan ibu kepada enam anak, 32 cucu dan lima cicit itu.
Biarpun reda, Sarimah, 71, tidak mudah mengalah dengan apa yang dilaluinya. Dia tetap mencari ikhtiar untuk pulih daripada penyakit itu.
Biarpun reda, Sarimah, 71, tidak mudah mengalah dengan apa yang dilaluinya. Dia tetap mencari ikhtiar untuk pulih daripada penyakit itu.
SARIMAH kini sihat sepenuhnya daripada kanser.
“Setiap kali diserang sakit kepala rasa nak pecah, sebelah badan tak berfungsi dan saya selalu pengsan. Mata saya juga tak nampak selain lidah menjadi keras.
“Saya disyorkan menjalani rawatan moden iaitu proses kimoterapi tapi menolak kerana ia amat menyakitkan. Tubuh saya yang sudah berusia tak mampu untuk menerimanya.
“Sebaliknya dengan bantuan seorang profesor, saya diperkenalkan dengan sejenis makanan tambahan. Saya juga sentiasa bersenam, jaga makan serta sentiasa bersolat dan membaca al-Quran.
“Saya juga sering amalkan minum air zam-zam dan Alhamdulillah tanda-tanda positifnya berlaku apabila saya akhirnya bebas daripada belenggu penyakit ini,” katanya.
Menurutnya, tanda penyakit itu dirasai sejak dia berlakon drama bersiri Cinta Madinah pada 2005. Namun disebabkan drama ini turut menjalani penggambaran di Madinah, dia cekalkan hati menerima tawaran ini.
Bangkit daripada penyakit yang dideritai, Sarimah yang berlakon sejak usia 19 tahun dan bakatnya diasah oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee berkongsi rahsia kesihatannya apabila menghasilkan rangkaian produk kesihatan Sarimah Signature Series terdiri daripada Sari AgeGard (penjagaan usia dan kesihatan sel), Sari StemShape (pembakaran lemak dalaman) dan Sari StemSerum (penjagaan kulit wajah).
Dia yang kini bergelar pengasas, pemilik dan pemegang saham syarikat Primadona Worldwide Sdn Bhd sejak September tahun lalu turut melancarkan produk terbaru iaitu Sari StemSenor dan Sari Stem Senorita.
Semua produk ini dihasilkan melalui teknologi dwi sel induk yang diperkasa dengan ozon (Ozone Fortified Double Stem Cell Technology).
“Produk ini tercipta daripada masalah kesihatan saya sendiri. Saya ikhlas hati nak berkongsi dengan masyarakat. Ini hanya makanan tambahan dan kita berusaha tapi Allah yang tentukan kesudahannya.
“Saya tak kejar untung atau nak kaya kerana apa lagi yang dicari pada usia ini kecuali kehidupan yang berkualiti,” kata Sarimah pada sidang media, baru-baru ini.
Seniwati yang menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat Perubatan Alternatif dari Asia Pasific Open University of Martial Arts (APACMA) pada tahun lalu ini gembira apabila produknya mendapat tempat di China.
“Malah, saya terkejut apabila mereka menukar jenama ini menggunakan nama Sarimah Ahmad sedangkan saya tidak dikenali di sana. Mereka menjemput saya ke sana tapi belum masanya untuk saya ke China,” katanya.
Sibuk dengan dunia barunya, Sarimah mengakui agak sukar menerima tawaran berlakon sekarang. Bahkan dia pernah berhasrat mengundur diri sebagai Pengerusi Kehormat, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang disandang sejak 2011.
“Tawaran berlakon masih ada tapi biar saya fokus pada perniagaan yang dijalankan. Kalau saya terima tawaran pun, saya nak watak yang ada mesej membina.
“Saya nak undur diri daripada Karyawan kerana tak boleh fokus tapi Presidennya, Datuk Freddie Fernandez merayu pada saya supaya terus kekal kerana sumbangan saya masih diperlukan.
“Ini buat saya terfikir peranan saya begitu mustahak dalam Karyawan. Saya bantu juga apa yang patut,” katanya yang tidak lupa menghulurkan sumbangan daripada syarikatnya kepada rakan artis lain menerusi persatuan ini.
0 comments:
Post a Comment