Loading...
Sunday, April 13, 2014

Aiman dan Fathia Saling Memuji


ARTIS MELETOP

Aiman dan Fathia Saling Memuji


ANTARA gelagat mesra Fathia dan Aiman.

BAIK Aiman Hakim Ridza Abdoh dan Nur Fathia Latiff, mereka tidak menyangka hubungan cinta yang dipupuk sejak 31 Mac tahun lalu semakin subur dan cukup membahagiakan.

Sementelah mendapat restu daripada keluarga masing-masing, pasangan pelakon itu juga semakin serasi apabila dugaan yang menggoyahkan hubungan mereka dapat diatasi.

Soal salah faham yang lazimnya menjadi dilema dalam kalangan pasangan bercinta juga dapat diselesaikan dengan baik menerusi budi bicara masing-masing.

Tambahan pula terlibat dalam industri yang sama menjadikan mereka memahami rutin kerja sebagai anak wayang yang menuntut persefahaman tinggi.




"Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar. Merajuk sikit-sikit itu ada tapi semuanya okey," kata Aiman membuka lembaran kisah cintanya dengan kekasih hati, Fathia.

Menurut kata hati yang jelas mengatakan Fathia adalah wanita idamannya kata pelakon berusia 25 tahun ini, dia terpikat dengan kekasihnya itu kerana sikap kewanitaannya yang cukup menyenangkan.

Malah kata Aiman, sepanjang tempoh menjalinkan hubungan dia mendapati Fathia memang hebat dalam bab memujuk hatinya yang kadangkala diselubungi perasaan gundah gelana.

"Renungan mata dia cukup mencairkan hati saya. Dia juga pandai menyuntik kata-kata semangat tidak kira apa juga kerja yang sedang saya lakukan.

"Selain itu, dia juga pandai mengambil hati orang tua saya," katanya yang menolak secara baik untuk berkongsi kebaikan Fathia secara berlebih-lebihan.

Sementara itu ketika ditanya kepada Fathia tentang Aiman, wanita berusia 27 tahun ini mengakui Aiman menepati ciri-ciri lelaki idamannya.

Mengkagumi seorang lelaki yang lebih mengutamakan keluarga pada setiap urusan kata Fathia, dia juga terpesona dengan sikap bertanggungjawab aktor itu.

Biarpun latar belakang keluarga Aiman boleh dikatakan mewah namun kata Fathia, Aiman tidak pernah mengambil kesempatan bahkan dia lebih suka berdikari mencari punca rezeki sendiri.

"Sepanjang perkenalan kami, Aiman lebih gemar bersederhana. Dia merahsiakan identiti keluarganya sehinggalah dia membawa saya berjumpa orang tuanya. Masa itu baru saya tahu bahawa Aiman anak 'seseorang'.

"Apabila ditanya kenapa Aiman merahsiakan perkara itu, dia kata yang kaya raya itu keluarganya, bukan dia. Nanti satu hari nanti, dia akan jadi macam mereka.

"Pengakuan dibuat Aiman itu membuatkan saya berfikir sebenarnya dia juga menyimpan cita-cita untuk berjaya seperti orang tuanya," kata Fathia tanpa berselindung.

Mengulas tentang pertemuan pertama mereka Aiman memberitahu, dia jatuh cinta dengan Fathia sewaktu mereka sama-sama berlakon dalam drama Mahabah kira-kira dua tahun lalu.

Kata Aiman, perasaan tersebut semakin kuat sementelah berlakon bersama-sama sebagai pasangan kekasih dalam drama Diandra tahun lalu.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP