Loading...
Monday, December 9, 2013

Orlando bloom dan tyler in love

Sebelum ini, aktor terkenal, Orlando Bloom pernah berkahwin dengan aktress jelita, Miranda Kerr tetapi mengumumkan perpisahan mereka setelah rumah tangga yang dibina mencecah tiga tahun.
Namun, baru sebulan mereka berpisah, Bloom yang membintangi filem The Hobbit nampaknya mula mencari teman untuk mengisi ruang hidupnya.
Hasilnya, baru-baru ini dikhabarkan bahawa Bloom sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktress Liv Tyler.
Menurut laporan Star Magazine, rasa cinta itu mula mekar selepas mereka menghadiri persembahan teater yang diadakan pada 24 November lalu.
Mereka dilihat banyak menghabiskan masa di belakang pentas ketika persembahan Samuel BeckettĆ¢€™s Waiting For Godot di Teater BroadwayĆ¢€™s Cort.
"Mereka dilihat begitu intim bila berada di belakang pentas. Malah, cara mereka berpegangan tangan ketika sedang berborak nampak sesuatu yang perlu dicurigakan," jelas sumber yang juga salah seorang kru untuk persembahan teater itu.
Pertemuan semasa pementasan itu bukanlah kali pertama bagi mereka. Sebaliknya, beberapa tahun lalu, mereka sudah bersama-sama menjayakan filem trilogi The Lord Of The Rings.
Pihak pengurusan Bloom yang mula menyedari mengenai berita ini pantas mengularkan kenyataan untuk menyangkal dakwaan melibatkan Bloom dan Tyler.
"Buat masa ini, Bloom masih belum membuka hati untuk sesiapa selepas berpisah. Berita yang tersebar itu sebenarnya adalah khabar angin sahaja," kata pihak pengurusan Bloom.
Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan oleh pihak pengurusan Bloom kerana selepas aktor itu berpisah dengan Kerr, mereka dilihat kerap bersama.
Malah, status perpisahan seperti tidak bermakna kerana mereka selalu dilihat melakukan aktiviti bersama.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP