Bukan lagi gimik dan dongeng semata-mata, ternyata perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang selama ini dilihat sebagai hanya sandiwara menutupi kontroversi wanita sensasi itu menjadi realiti. Tarikh 11 Disember 2013 (111213) turut menjadi pilihan pasangan itu untuk bernikah.
Selama kisah percintaan hinggalah ke perkahwinan pasangan ini, terlalu banyak cerita yang disajikan dan tak kurang juga yang ditokok tambah. Majlis pernikahan dan resepsi (13 Disember) diadakan di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Dengan sekali lafaz, tepat jam 9.04 malam, ibu tunggal kepada dua anak itu sah bergelar isteri kepada Zain dan menerima mas kahwin RM9,300 dan wang hantaran RM23,200. Rozita yang sebelum ini memilih untuk tidak mengadakan majlis pertunangan turut bertunang beberapa minit sebelum pernikahan berlangsung.
Rahsia pikat janda Seprti Rozita Che wan
Labels:
Gossip artis malaysia
0 comments:
Post a Comment