‘Emma Maembong Buat Hal!’ judul artikel yang diterbitkan menerusi ruangan gosip sebuah akhbar tempatan hujung minggu lalu, membuatkan pihak pengurusan pelakon cantik berkenaan iaitu Wire Fame Entertainment terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar.
Antara isu yang berpusar menerusi artikel berkenaan antaranya menyebut Emma dan pihak pengurusannya tidak profesional kerana membatalkan kontrak selepas beberapa bulan berurusan
Tersisa nada kecewa, selaku Pengarah Urusan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd, Zizan Razak dan Marina Juki mengakui mereka amat terkilan apabila sebuah syarikat produk kesihatan/kecantikan berpangkalan di Kuala Terengganu itu melanggar perjanjian untuk tidak menghebahkan isu pembatalan kontrak itu kepada umum seperti dipersetujui kedua-dua pihak.
Memilih ruangan Verbatim RAP secara eksklusif untuk menjelaskan perkara sebenar, ikuti temu bual wartawan Norhadiani Baharom (yanie@mediaprima.com.my) bersama Marina Juki, Zizan dan Emma Maembong.

SOALAN (S): Benarkah pihak pengurusan Wire Fame dan Emma tidak profesional apabila membatalkan kontrak dengan sebuah syarikat produk kesihatan/kecantikan?
MARINA JUKI (MJ): Berkenaan artikel yang dikeluarkan pada 8 Disember lalu di sebuah akhbar tempatan, pihak pengurusan Wire Fame Entertainment terpanggil untuk menjelaskan berkenaan beberapa isu urus niaga dengan satu produk kesihatan/kecantikan yang ditawarkan kepada artis naungan kami, Emma Maembong.
Urus niaga yang diperkatakan dalam artikel terbabit masih dalam proses rundingan dalam menjelaskan beberapa persoalan yang timbul. Terma dan kontrak yang dibincangkan dipinda beberapa kali selepas dirujuk kepada peguam kami bagi mengelakkan salah faham dan percanggahan dengan kontrak Emma yang lain.
Pihak mereka juga agak mendesak pengurusan Wire Fame untuk membuat keputusan dan menandatangani kontrak secepat yang boleh. Kami terkejut sebelum pertemuan peringkat awal diadakan lagi, mereka sudahpun menyediakan kontrak.
Sehingga pertemuan pertama diadakan antara syarikat mereka dan kami dibuat, pihak kami iaitu pengurusan Emma, memaklumkan bahawa kami memerlukan sedikit masa sebelum membuat apa-apa keputusan.
Pada perjumpaan seterusnya, kedua-dua pihak sepakat, sekali gus mempersetujui urusan ini tidak dapat diteruskan dan mereka juga berpuas hati dengan keputusan yang diberikan. Pihak peguam daripada kedua-dua pihak juga memaklumkan kontrak ini tidak dapat diteruskan.
Namun apa yang membuatkan pihak pengurusan terkejut dan kecewa apabila sebuah artikel bertarikh 8 Disember lalu dikeluarkan walaupun pihak syarikat sudahpun menarik balik kontrak.
Malah, ada beberapa artis wanita terkenal yang lain yang ditawarkan sebelum ini dan kami dimaklumkan bahawa Emma adalah pilihan ketiga.
Menjadi adat dalam urus niaga apabila apa yang diusahakan tidak dapat diteruskan oleh beberapa faktor yang tidak mengizinkan. Ia menjadi lumrah apabila bayaran dikenakan apabila mendapatkan nasihat peguam. Segala keputusan yang dibuat perlu diteliti dengan baik sebelum menandatangani sesebuah kontrak kerana kami ingin yang terbaik demi masa depan artis di bawah naungan kami.
S: Alasan utama kerjasama ini tidak dapat diteruskan?
MJ: Walaupun banyak usaha dicurahkan oleh kedua-dua pihak, namun segala perbincangan dan terma masih belum mendapat kata putus yang muktamad dan jelas. Antara yang menjadi faktor kelewatan dalam proses rundingan ini disebabkan kekurangan masa untuk berbincang dan membuat keputusan. Sesudah disemak semula, kontrak yang ditawarkan perlu ditolak kerana produk yang dibincangkan bercanggah dengan kontrak Emma Maembong dengan produk lain.
S: Selepas tersiarnya artikel ‘Emma Maembong Buat Hal’, adakah pihak Wire Fame menghubungi pihak pemilik produk kesihatan/kecantikan berkenaan dan apa reaksi mereka?
MJ: Pihak berkenaan menyatakan permohonan maaf mereka melalui perbualan telefon dengan Emma Maembong sejurus mereka menyedari artikel itu disiarkan. Kami juga menghubungi mereka untuk mendapat penjelasan kerana melalui perjanjian yang sudah dipersetujui sebelum ini, perkara ini tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum.
Bagaimanapun, pihak berkenaan memaklumkan kepada kami orang ketiga yang turut diminta merahsiakan perkara ini adalah individu yang bertanggungjawab membocorkan segala informasi, sekali gus menghebahkan kepada umum.
S: Mungkin ada sesuatu yang ingin diperkatakan Emma?
Emma Maembong (EM): Terus terang saya berasakan maruah sedikit tercalar dengan isu ini. Lebih mengecewakan, perkara ini seperti sengaja disensasikan kerana kedua-dua pihak sudah pun sepakat untuk tidak menghebahkannya. Pendek kata, pihak di sebelah sana seperti mahu memburukkan nama saya dan pihak pengurusan.
Apapun, saya masih profesional dalam melayan setiap pihak dengan rasional dan dalam kes ini, saya memberi kepercayaan kepada syarikat pengurusan saya dan yakin pihak pengurusan mahu yang terbaik untuk saya.
S: Pengurusan (Wire Fame Sdn Bhd) dikatakan terlalu tegas dalam berurusan, apa komen anda?
MJ: Kami amat mementingkan urus kerja yang mempunyai bukti hitam putih oleh kerana sebelum ini, ia menjadi semacam kebiasaan dalam industri ini berurusan tanpa kontrak. Kami memberikan yang terbaik kepada artis di bawah naungan supaya mempunyai masa depan yang terjamin dan tegas dalam memperjuangkan hak artis. Mengikut pengalaman kami berurusan dengan syarikat antarabangsa yang lain, belum ada masalah yang timbul dan mereka juga bersikap profesional dalam segala aspek.
Zizan Razak (ZR): Bercakap mengenai cara berurusan orang industri, ramai yang lebih selesa berurusan terus dengan artis itu sendiri berbanding pihak pengurusan yang menaungi seseorang itu. Bagi saya artis perlukan pihak pengurusan untuk memastikan kebajikan artis lebih terjaga dan mengikut saluran betul.
Ini kerana saya sendiri bermula dari bawah dan pernah melalui pengalaman seperti itu. Wire Fame Entertainment menginginkan setiap artisnya mempunyai hala tuju dan berkemampuan sebagai seorang artis, berpatutan dengan hasil kerja yang diberikan. Bagi saya, tidak apa jika teguran yang diberi demi kebaikan. Ketika ini Alhamdulillah, semua artis di bawah naungan Wire Fame Entertainment mempunyai kelasnya tersendiri.

0 comments:
Post a Comment