BLOG TAUHU SUMBAT
Bayaran Bantuan Khas RM500 duit raya Penjawat Awam
Putrajaya : Kerajaan bersetuju memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan hari raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, bantuan khas itu juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250. "Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat mulai 15 Julai ini.
<!-- more -->
"Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta," katanya dalam kenyataan, hari ini.SERAMAI 684,000 pesara kerajaan turut terima RM250. Sumber Bernama.
Wassalam, Wa'allahhualam,
blogtauhusumbat.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment