Loading...
Wednesday, July 2, 2014

Berpuasa Bagi Penghidap Gastrik


Lembaran Ilmu

Berpuasa Bagi Penghidap Gastrik


Assalamualaikum...


Dengan lafaz Bismillah ...
Saya percaya , ada antara anda yang menghidap gastrik . Tidak kira sama ada gastrik manja ke , sederhana ke atau brutal punya gastrik . Tapi gastrik " trick " tak boleh ya . Apabila masuk Ramadhan sahaja tetiba dapat gastrik ... ermmm . Ada cara yang sesuai berpuasa bagi penghidap gastrik ini .


Berpuasa Bagi Penghidap Gastrik




Alternatif yang boleh digunakan untuk sembuhkan gastrik :

1. Baca al - Fatihah


2. Baca selawat as - Syifa






3. Baca doa untuk sakit Gastrik




4. Tiupkan ke dalam segelas air ( air mineral / air 
    yang ditapis / diambil dari kolam masjid ) .

5. Baca selawat 3 x , minum...insya Allah .




Untuk pengetahuan anda , gastrik ni boleh terjadi bila anda mengambil diet yang ada kandungan garam yang tinggi. Makanan pedas , mengambil kafein tak menambah risiko serangan ulser tapi boleh sebabkan pedih ulu hati atau ketidakhadaman . Gastrik boleh serang bila anda stress , merokok , minum kafein minum alkohol dan makan aspirin . Gastrik hanya boleh dilegakan dengan minum susu atau antasid .


Bagi pesakit gastrik / ulser ni , apa yang anda boleh lakukan bila berpuasa adalah :
Mengambil berat tentang pengambilan makanan semasa bersahur .Bersahur pada waktu menjelang imsak , BUKANNYA sebelum tidor .Bersederhana ketika berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu ulu hati .Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh .
Tidak makan antara 3 hingga 4 jam sebelum tidur bagi memastikan makanan dihadamkan dengan betul .Tidak makan makanan seperti cuka , rempah , berlemak dan sayuran yang banyak gas cam brokoli , kubis dan kacang soya .Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat isi perut yang kosong.Makan buah kurma sekurang - kurangnya 7 biji di waktu sahurAnda juga digalakkan mengambi jus kurma sebagai minuman diwaktu bersahur .

Semoga anda penghidap gastrik , dapat menjalani ibadah puasa dengan selesa dan sempurna .




* NOTA RAMADHAN 5

PELBAGAIKAN KEBAJIKAN

Jangan menekuni ibadah , terpilih sahaja .Terselamat seseorang daripada azab neraka bukan kerana kebajikan dan pahalanya . Sebaliknya dengan rahmat dan kasih sayang Allah jua . Nabi s.a.w memberitahu ; 


" Apabila seseorang kamu melalui satu jalan , tiba - tiba dia menemukan sebatang ranting berduri lalu disingkirkannya ranting itu . Maka Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya . "( Riwayat Muslim daripada Abu Haurairah r.a. )










0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP