Loading...
Tuesday, July 1, 2014

Zizan Razak Nafi Digugurkan Dari Melodi Sebab Masalah Peribadi


ARTIS MELETOP

Zizan Razak Nafi Digugurkan Dari Melodi Sebab Masalah Peribadi



Hujung minggu lalu ketika program Melodi sampai ke penghujungnya, Zizan Razak menitiskan air mata sedih apabila mengumumkan yang beliau akan meninggalkan program hiburna tersebut ekoran kontrak yang sudah tamat dan tidak disambing pihak TV3.

Namun ada pula cakap cakap yang mengatakan kontrak Zizan Razak tidak disambung kerana isu peribadi yang tidak berkesudahan selain beliau kini sudah pun menandatangani kontrak untuk berada di bawah pengurusan Astro.

Dalam temubual bersama Berita Harian hari ini, Zizan Razak tampil menafikan isu peribadi beliau termasuk hubungan dengan Emma Maembong menjadi punca.

“Sebenarnya saya sudah dimaklumkan berhubung kontrak ini sejak beberapa bulan lalu. Saya akur & menghormati keputusan mereka, malah bersyukur dengan peluang selama empat tahun yang diberikan itu,” ujar Zizan Razak.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ia tiada kena mengena dengan kesilapan mahupun berkaitan kontroversi. Mereka cuma ingin memberi ruang kepada wajah baharu. Lagipun, saya sudah lama bersama Melodi, ada baik dan buruknya juga jika terlalu lama bersama sesebuah program”

Dalam temubual yang sama, Zizan Razak meluahkan rasa kesal apabila Emma Maembong turut diheret dalam kemelut syarikat pengurusan Wire Fame Entertainment dan menegaskan teman wanitanya itu tidak pernah mencampurkan urusan kerja dan peribadi.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP