Loading...
Thursday, December 5, 2013

Just jared hisap ganja

Nampaknya, dalam sesi temu bual bersama dengan Just Jared, anggota kumpulan Jonas Brothers, Jone Jonas mencerita semua rahsia tentang kehidupannya yang tidak diketahui umum.
Antara dikongsikan termasuklah kisah peribadinya tentang soal seks, rokok dan juga hal belakang tabir berkenaan dengan kumpulan muziknya.
Namun, yang menjadi perhatian ialah saat Jonas menceritakan tentang kisahnya dan ganja. Tambah menarik, turut terlibat dalam kisah ini adalah penyanyi Miley Cyrus dan Demi Lovato.
Menurut Jonas, pertama kali dia mengambil ganja adalah bersama dengan dua orang artis remaja itu yang sebelum itu banyak tampil dengan imej remaja yang baik.
"Saya tidak pasti umur berapa tetapi rasanya sekitar umur 17 atau 18 tahun. Itu adalah kali pertama saya menghisap ganja bersama dengan Lovato dan Cyrus," kata jejaka yang berusia 24 tahun itu.
Menurutnya, dua artis itu adalah orang yang kuat mempengaruhinya untuk mencuba mengambil ganja.
"Saya hisap ganja ketika itu kerana Lovato dan Cyrus yang menyuruh saya untuk cuba dan berhalusinasi selepas mengambil ganja.
"Namun itu adalah perkara yang sudah lepas. Saya pun kini sudah tidak mengambil ganja lagi. Ia adalah sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan,"ujarnya.
Tambah Jonas, dia kini lebih gemar untuk mengambil minuman beralkohol selepas seharian melakukan aktiviti.
Namun, dia tidak lagi minum arak secara berlebihan selepas terjatuh dan tidak sedarkan diri pada ulang tahunnya ke-21 kerana terlalu banyak meneguk arak.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP