Loading...
Thursday, December 5, 2013

Johan tak mahu adengan peluk peluk

Aktiviti keagamaan disertai buat Johan As’ari ingin berubah dalam kerjaya seni

Sudah lama dia memasang niat untuk membuat perubahan dalam kerjaya lakonannya. Malah, hasrat itu sudah terdetik sekembalinya daripada menunaikan umrah, April lalu. Bagaimanapun, baru kini dia bersedia menyatakan apa yang terpendam di hati. 


Pada sidang media selepas majlis pratonton filem lakonannya, Paku, di Petaling Jaya, kelmarin, Johan Asa’ari membuat pengakuan, dia tidak mahu lagi melakonkan babak ranjang atau berpelukan.


Jika saya tidak sibuk dengan penggambaran, saya penuhi masa dengan kegiatan kerohanian seperti itu. Apabila menyertai aktiviti sebegini, tentunya tidak sesuai untuk saya terus melakonkan babak sensasi dan panas” Johan As’ari, Pelakon

“Perkara itu sudah lama saya fikirkan dan inilah keputusan muktamad saya. Sudah sampai masanya untuk saya berubah. 

“Keputusan ini juga dibuat bukan atas pengaruh sesiapa. Memang sudah lama saya menyimpan hasrat itu, selepas kembali daripada menunaikan umrah, April lalu,” katanya.

Menurut Johan, dengan pelbagai aktiviti keagamaan disertainya, ia membuatkan hasrat itu semakin meluap-luap.

“Saya banyak mengikut aktiviti beriktikaf di masjid bersama rakan artis otai lain. Jika saya tidak sibuk dengan penggambaran, saya penuhi masa dengan kegiatan kerohanian seperti itu. Apabila menyertai aktiviti sebegini, tentunya tidak sesuai untuk saya terus melakonkan babak sensasi dan panas lagi,” katanya yang hadir pada majlis pratonton bersama buah hatinya, Lana Nordin. 
Malu lakon babak ranjang

Kata Johan, perasaan malu menyaksikan babak ranjang dilakonkannya dalam Paku turut menjadi antara punca dia nekad tidak menerima watak sedemikian pada masa akan datang.

Menyedari keputusan dibuatnya itu bakal menimbulkan kontroversi, aktor yang dikenali menerusi filem Juvana ini mengakui dia sudah bersedia menghadapinya.

“Jika keputusan yang saya ambil itu akan membuatkan tawaran lakonan berkurangan, saya reda. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau masih ada yang menawarkan watak sebegitu, saya minta maaf kerana terpaksa menolaknya,” tegasnya.


Nafi dakwaan umpama belangkas

Sementara itu, mengenai tindakan sesetengah pihak mempertikaikan keikhlasan cintanya dengan Lana, sehingga ada yang sanggup bertaruh berapa lama kedua-duanya mampu mempertahankan hubungan, Johan tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata nakal itu.

“Saya tidak akan terkesan dengan kata-kata sebegitu kerana ia hanya duniawi. Biarlah apa orang nak kata kerana hanya kami yang tahu perasaan cinta yang kami alami ketika ini,” ujar Johan yang baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya, kelmarin.

Mengenai kekerapan pasangan ini muncul berdua di khalayak, Johan menafikan mereka berdua bersifat seperti ‘belangkas’.

“Orang ramai mungkin melihat kami sering bersama, tetapi hakikatnya tidak. Apabila saya sibuk dengan aktiviti saya, Lana tidak akan mengganggu dan begitulah sebaliknya,” tegasnya.

Mengenai gosip dirinya tidak lagi tinggal sebumbung dengan keluarga gara-gara cinta tidak direstui, Johan menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.

“Saya masih tinggal bersama keluarga dan saya tidak pernah ke mana-mana,” katanya.

Dapat tawaran selepas menang ABPBH

Menyentuh soal filem bercorak seram itu pula, Johan yang memegang watak Fahmi, berkata kepercayaan pihak produksi untuk menyerahkan watak utama kepadanya disebabkan faktor populariti.

“Mereka menawarkan watak itu selepas saya memenangi trofi Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2011. Mungkin mereka nampak bakat saya, sekali gus percaya sayalah pelakon sesuai untuk membawakan watak berkenaan,” katanya yang kali ini dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki dan Pelakon TV lelaki Popular ABPBH 2013.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP