Kebanjiran ubat kuat di internet dan jualan langsung kini berleluasa. Jika anda memandu di mana-mana kawasan perumahan atau kawasan bandar anda akan ternampak papan tanda haram yang memaparkan perkataan ‘Sex Toys atau Ubat Kuat’.
Di internet pula iklan ubat kuat dipaparkan secara berleluasa. Sebilangan besar laman ini kelihatan profesional dengan gambar dan kenyataan pakar tentang produk kesihatan dipaparkan yang sedikit sebanyak akan mendorong pembaca melayari laman itu dan jika anda terpengaruh, anda akan menjadi mangsa mereka.
Bagaimanapun, dari semasa ke semasa anda akan terdengar cerita menggemparkan dalam akhbar mengenai serbuan pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan ke atas kedai jamu atau kilang yang menjual dan mengilang ubat kuat.
Apa yang jelas ialah kita diserang dengan banjiran ubat kuat. Kaum lelaki mahu menguatkan lagi peranan kelelakiannya dan si isteri juga tidak mahu ketinggalan, tanpa mengetahui ubat haram itu mampu membawa maut!
Apa yang jelas ialah kita diserang dengan banjiran ubat kuat. Kaum lelaki mahu menguatkan lagi peranan kelelakiannya dan si isteri juga tidak mahu ketinggalan, tanpa mengetahui ubat haram itu mampu membawa maut!
Selagi masyarakat kita menganggap lemah tenaga batin dan lemah syahwat itu perkara remeh dan boleh diatasi dengan sendiri melalui ubat kuat yang begitu mudah didapati, selagi itu gejala ini berterusan. Ubat kuat boleh dianggap sebagai musuh kepada lelaki.
Produk tiruan ini mempunyai kesan sampingan kepada sesetengah individu. Jika kebetulan mereka alah atau dari golongan tidak boleh memakan ubat kuat, sudah tentunya mereka ini akan menanggung risiko, mati mengejut, pengsan atau koma, buta, buah pinggang rosak, strok, dan lumpuh.
Selagi masyarakat tidak menganggap masalah seksual sebagai masalah kesihatan dan perlu dikendalikan oleh doktor, baik doktor kerajaan atau swasta, selagi itu masyarakat tertipu dan mungkin mereka hanya akan memperjudikan nyawa.
Saya menyeru kepada anda di luar sana supaya membuka minda. Fahamkan gejala kebanjiran ubat kuat dan ubat haram untuk tenaga seks ini berlaku kerana kita yang mencarinya, kita yang mengejarnya, kita yang membelinya dan kita juga menjualnya.
Jika kita hentikan semua ini, ubat kuat pasti tidak akan berada di pasaran. Anda yang membuatkannya berlaku dan anda juga boleh memadamkannya! Jangan beli ubat kuat.
0 comments:
Post a Comment