Loading...
Wednesday, July 2, 2014

Berpuasa Bagi Penghidap Gastrik


Lembaran Ilmu

Berpuasa Bagi Penghidap Gastrik


Assalamualaikum...

Saya percaya , ada antara anda yang menghidap gastrik . Tidak kira sama ada gastrik manja ke , sederhana ke atau brutal punya gastrik . Tapi gastrik " trick " tak boleh ya . Apabila masuk Ramadhan sahaja tetiba dapat gastrik ... ermmm . Ada cara yang sesuai berpuasa bagi penghidap gastrik ini .


Berpuasa Bagi Penghidap Gastrik




Alternatif yang boleh gunakan untuk sembuhkan gastrik :

1. Baca al - Fatihah


2. Baca selawat as - Syifa






3. Baca doa untuk sakit Gastrik




4. Tiupkan ke dalam segelas air ( air mineral / air 
    yang ditapis / diambil dari kolam masjid ) .

5. Baca selawat 3 x , minum...insya Allah .



Untuk pengetahuan korang , gastrik ni boleh terjadi bila korang mengambil diet yang ada kandungan garam yang tinggi. Makanan pedas , mengambil kafein tak menambah risiko serangan ulser tapi boleh sebabkan pedih ulu hati atau ketidakhadaman . Gastrik boleh serang bila anda stress , merokok , minum kafein minum alkohol dan makan aspirin . Gastrik hanya boleh dilegakan dengan minum susu atau antasid .



Bagi pesakit gastrik / ulser ni , apa yang anda boleh lakukan bila berpuasa adalah :
Mengambil berat tentang pengambilan makanan semasa bersahur .Bersahur pada waktu menjelang imsak , BUKANNYA sebelum tidor .Bersederhana ketika berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu ulu hati .Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh .Tidak makan antara 3 hingga 4 jam sebelum tidur bagi memastikan makanan dihadamkan dengan betul .Tidak makan makanan seperti cuka , rempah , berlemak dan sayuran yang banyak gas cam brokoli , kubis dan kacang soya .Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat isi perut yang kosong.









0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP