Lembaran Ilmu
Buffet Ramadhan Casa Ombak
Dengan lafaz Bismillah ...
Hari ini sudah masuk Ramadhan ke - lima . Sudah tentu anda juga sudah merasai pelbagai jenis juadah yang enak mengikut selera iftar anda . Pada hari bekerja , sudah tentu ramai dikalangan anda hanya berbuka puasa di rumah sama ada memasak hidangan sendiri atau membeli dari Bazaar Ramadhan .
Apa kata hujung minggu ini bagi anda yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur juga yang berdekatan dengannya mencuba beriftar di buffet Ramadhan Casa Ombak di no. 22 , Jalan Damai Off Jalan Ampang Kuala Lumpur .
Ombak Creative adalah syarikat di bawah naungan Casa Ombak Sdn. Bhd. yang sudah berpengalaman lebih 10 tahun dalam menawarkan perkhidmatan
Ruang laman yang luas di banglo no. 22 Jalan Damai Off Jalan Ampang ini dapat menghasilkan suasana dalam taman yang indah dan dapat menampung tetamu yang ramai dalam satu masa .
Sempena Ramadhan yang mulia ini , pihak Ombak Creative telah mengadakan buffet Ramadhan di bawah pengurusan Casa Ombak . Antara yang ditawarkan buffet Ramadhan Casa Ombak ;
Casa Ombak menawarkan hidangan ala kampung pelbagai jenis dan juga variasi . Citarasa dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia juga Indonesia yang sudah pasti dekat dengan kehidupan kita .
Anda akan menemui Asam pedas , sambal udang petai , ikan keli masak cili padi , rendang daging , gulai daging salai , gulai nangka , ayam masak semur , siput masak asam pedas bersama batang keladi , sotong sumbat masak gulai , ikan patin gulai tempoyak dan banyak lagi yang tidak mampu disenaraikan di sini .
Juga ulam - ulaman seperti petai , jantung pisang , pucuk pegaga , ulam raja dimakan bersama sambal belacan , budu juga cencalok . Meratah enaknya ikan bakar daun pisang bersama sambal asam sambil menjeling ikan pekasam bersama perahan limau yang sedang menunggu giliran untuk dimakan .
Tidak akan lengkap hidangan anda tanpa nasi . Bukan sahaja nasi putih , juga ada nasi kerabu , nasi lemak , nasi dagang , nasi minyak , nasi bariani juga tomato .
Perlu anda ketahui bahawa setiap hari menu hidangan adalah berbeza . Pun begitu , kami memberi jaminan menu hidangan di Casa Ombak tidak akan mengecewakan anda . Chef - chef kami yang terlatih dan berpengalaman akan menyediakan hidangan yang terbaik dan memenuhi selera anda .
Casa Ombak menyediakan ruang makan terbuka . Berkonsepkan makan dalam taman . Anda bukan sahaja dapat merasai tiupan angin ketika menjamah hidangan , malah sinaran cahaya serta langit yang indah . Ruang yang luas memberikan anda suasana beriftar yang santai .
Konsep buffet stall terbuka memudahkan anda memilih dan mengambil makanan dengan bebas dan mudah pada bila - bila masa yang anda suka .
Bagi penggemar instant cook , Casa Ombak juga menyediakan instant cook stall corner untuk memudahkan anda .
Sekiranya anda mahu menunaikan solat Maghrib selepas menjamah hidangan pembuka selera , ruang solat telah disediakan untuk memudahkan anda .
Casa Ombak menawarkan harga yang berpatutan dan mampu bayar kepada anda iaitu RM 55 nett untuk dewasa dan RM 27 nett untuk kanak - kanak berumur 5 hingga 12 tahun .
Untuk memudahkan anda mencari lokasi Casa Ombak yang terletak di No.22 , Jalan Damai Off Jalan Ampang , anda boleh merujuk peta di bawah . Lagi mudah jika anda gunakan waze dalam handphone anda untuk menjejaki lokasinya .
Anda boleh membuat tempahan buffet Ramadhan Casa Ombak dengan menghubungi talian berikut ;
Facebook page : Ombak Creative page
Website : www.OmbakCreatives.com
Casa Ombak menerima tempahan bukan sahaja untuk indidvidu , malah keluarga , berkumpulan juga syarikat yang berhajat mahu mengadakan majlis iftar . Tempahlah sekarang untuk mengelakkan anda tidak dapat beriftar di Casa Ombak pada saat akhir .
Bagi anda yang bercadang mahu mendirikan rumahtangga tetapi belum menempah dewan dan perancang perkahwinan , apa kata kalau anda datang beriftar di Casa Ombak sambil mendapatkan maklumat tentang pakej perkahwinan yang disediakan . Mana tahu , anda mungkin jatuh cinta dengan pakej menarik yang disediakan .
Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD
0 comments:
Post a Comment