Loading...
Monday, February 24, 2014

Bertumbuk sampai lebam!

Ketika itu Nani secara jujur berkata: “I sound stupid if I speak in Malay”. Ia sebenarnya merujuk kepada dirinya yang tidak pandai berucap dalam bahasa Melayu kerana lebih bersahaja apabila berbahasa Inggeris. Namun Nani dihentam habis-habisan kerana ada yang menganggap dia menghina bahasa Kebangsaan walhal dia bermaksud memberitahu kekurangan dirinya ketika itu. 

“Pernah satu hari secara tidak sengaja saya terbuka pintu bilik Nani. Saya lihat dia menangis lengkap bertelekung sambil rebah di atas sejadah. Hati saya luluh waktu itu sampaikan saya nak memeluknya pun tak mampu.
Foto
LEYA (kiri) bersama adiknya, Nani.

“Saya biarkan dia menangis sepuas hati kerana dia perlu menghadapi setiap dugaan dengan reda.

“Bagi yang pernah menonton filem pendek Hawa arahan Nani, ada satu babak itu betul-betul mengingatkan saya kepada keadaan Nani ketika itu. Dia seorang yang sangat sensitif dan selalu berasa kecewa apabila dirinya sering disalahertikan. Dia selalu cakap, mama saya orangnya bukan kompleks dan kalau saya lantang, itu adalah diri saya yang sebenar,” kata Fati. 

Untuk siri kedua ini, turut ditampilkan seorang lagi insan paling dekat dalam hidup Nani iaitu kakaknya, Sharifah Aleya (Leya). Dia bukan saja kakak, tetapi juga sahabat Nani dunia akhirat. 

“Saya jenis orang yang takkan bercerita apapun kesedihan yang saya lalui kerana saya akan selesaikan masalah dengan cara sendiri tetapi hanya dia seorang yang dapat membaca perasaan saya. 

“Bila Nani tahu ada perkara yang saya rahsiakan mulalah dia naik hantu kerana tidak puas hati kenapa saya harus berahsia dengannya. Itu kelebihan Nani, yang menjadikan dia sangat istimewa lebih daripada seorang adik. 

“Dalam apapun yang dia lakukan, Nani mahu membanggakan ibu bapa dan keluarga kami,” kata Aleya. 
Banyak pendedahan menarik dibuat Fatimah Abu Bakar (Fati) mengenai anak keduanya Sharifah Amani (Nani) semalam menerusi siri pertama Jejak Bintang. Antara kisah menarik yang diceritakan Fati, wujudnya ‘imaginary friends’ (Raffle & Zuniharita) dalam diri Nani serta sikap peliknya yang gemar meratah bawang dan sayur mentah.
Sambungan siri kedua hari ini pula membongkar cerita di sebalik kontroversi yang pernah menimpa pelakon filem Sepet dan Gubra ini apabila ucapannya ketika Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19) disalahtafsirkan. 
Mengimbas zaman kanak-kanak dan remaja mereka, nyata penuh warna. Nani adalah rakan baik dan juga teman bergaduh. 

“Waktu Nani dilahirkan, saya ‘happy’ sangat sebab ada kawan baru kerana semua sepupu saya sudah besar. Sampai sekarang saya ingat, Nani bayi comel berkepala botak dan memiliki sepasang bebola mata hitam yang besar. Waktu jururawat mengusik saya nak culik Nani, saya ikut aje belakang jururawat itu sebab takut dia bawa lari adik. 

“Apabila kami membesar, ada masa kami sangat baik dan ketika yang lain kami bergaduh sampai bertumbuk, lebam-lebam badan. Saya pernah belasah Nani sebab dia pecahkan gitar yang saya beli dengan wang saku sendiri. 

“Sudahlah saya tak pandai minta duit dengan mama dan ayah, memang nasiblah budak tu (ketawa). Yang kelakarnya, kami sama-sama menangis. 

“Apabila saya sudah melang-kah ke sekolah menengah, Nani selalu saya pinggirkan sebab ego dah jadi dewasa. Kemudian, apabila dia masuk tingkatan satu kami ‘ngam’ balik. Dia bukan ‘ngam’ dengan saya saja, tetapi dengan kawan-kawan saya yang lain. 

“Ada satu cerita menarik, waktu sekolah dulu Nani pernah lukis komik. Tak cantik dan tak seni manapun lukisan dia, tetapi disebabkan jalan ceritanya sangat menarik, saya dan kawan-kawan tertunggu-tunggu siri seterusnya. Waktu itu gempak jugalah, mana ada budak kecil boleh buat cerita orang dan sentuh hati kakak-kakak senior! 

“Apa yang dilakukan Nani sekarang langsung tidak mengejutkan kerana sejak awal lagi kami tahu jiwanya minat pada seni. Ketika dia di tingkatan satu, Nani pernah mengarah pelajar-pelajar di sekolah kami menerusi naskhah Romeo & Juliet yang diolah dan diberi nafas baru. Saya memang bangga waktu tu dan mengakui dia seorang ‘story teller’ yang hebat,” katanya. 

Pernah bersama-sama berlakon dalam filem Magika arahan Edry Abdul Halim pada 2009 di mana mereka berdua memegang watak lagenda, Bawang Putih Bawang Merah. 

“Kami berdua suka makan bawang tetapi Nani lagi kronik kerana dia makan bawang besar macam makan epal! Tetapi itu dulu dan kena sangatlah apabila dia diberi watak Bawang Putih. 

“Sepanjang penggambaran filem itu kami berdua sangat seronok dapat berlakon bersama. Ingat lagi saya tengah mengandung waktu tu. Kalau Nani nampak saya macam terlebih aktif, dia akan jerit ‘hei perempuan, kau tu pregnant! Apabila saya teringat saya akan ‘behave’. 

“Selain berlakon, Nani semakin aktif mengarah. Dia pernah mengarah mama dan Alesya tetapi belum lagi dengan saya. Teringin juga nak kerja dengan adik sendiri,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP